4 syarikat hasil petani

Posted: September 18, 2010 in Pelbagai

KOTA BHARU 4 Ogos – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman dengan empat syarikat yang akan mengurus dan memasarkan hasil petani di bawah seliaan badan itu.

Majlis menandatangani MoU itu antara Timbalan Pengurus Besar KADA, Ridzuan Ismail dan pengurus-pengurus syarikat berkenaan, disaksikan oleh Pengerusi Kada, Tan Sri Annuar Musa.

Ia turut dihadiri kesemua 400 peserta di bawah program itu.

Annuar yang ditemui selepas majlis itu berkata, melalui perjanjian tersebut, petani adalah selaku pemilik projek dan Kada sebagai agensi pelaksana dan pemantau manakala syarikat akan mengendalikan projek termasuk membekalkan benih, membimbing dan memasarkan hasil.

“Kesemua keuntungan yang diperoleh melalui projek itu akan diberi kepada petani dengan sebahagiannya dimasukkan ke dalam dana yang disatukan bagi membolehkan projek kedua dan seterusnya dijalankan,” katanya kepada pemberita.

Syarikat-syarikat yang terlibat ialah Syarikat Belia Bela Diri Jajahan Bachok dan Koperasi Bela Rakyat DUN Jelawat yang akan mengurus pemasaran cendawan, Perniagaan RZ Maju Jaya (membeli ikan keli) dan Syarikat Itik Maju Trading yang berpejabat di Kuala Lumpur mengurus pembelian telur itik.

Annuar berkata, beliau akan membuat lawatan setiap Khamis bagi melihat perjalanan projek termasuk memantau pegawai yang diamanahkan menjaga projek itu.

“Kita sasarkan pendapatan mereka melepasi graf kemiskinan tegar golongan itu sekarang,” katanya. – BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s