Berbuka puasa di tengah ‘rimba’

Posted: September 18, 2010 in Pelbagai

Kari ikan tenggiri dimasak bersama terung bulat.

JIKA ingin lari daripada kesibukan kota dan berbuka puasa di tengah rimba, apa kata jika anda ke Riverstone Eco Resort yang terletak di Hulu Yam, Selangor.

Riverstone atau diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai batu sungai adalah nama yang tepat bagi restoran yang terletak di kawasan perkelahan Hulu Yam ini.

Memenuhi permintaan pelanggan yang sukakan suasana berbuka puasa di dalam rimba, pemilik Riverstone Eco Resort, Hamidah Asararuddin meneruskan untuk kali ke tujuh bufet buka puasa di restorannya.

Menurut Hamidah, bufet yang bermula pada hari pertama bulan Ramadan ini menyediakan 90 peratus makanan Jawa.

Katanya, setiap tahun makanan yang dihidangkan adalah berbeza. Jika tahun lepas, restorannya menyediakan makanan Pantai Timur, kali ini beliau memilih makanan Jawa kerana banyak permintaan terhadap makanan tersebut.

”Di antara makanan Jawa yang boleh dinikmati oleh pelanggan ialah ikan patin masak tempoyak, ikan keli masak cekur, sambal goreng, masak lemak jantung pisang, pecal, kerabu dan kuih-muih Jawa seperti u’krok (ubi sagat yang digaul dengan garam dan dimakan bersama gula dan kelapa),” kata Hamidah ditemui di restorannya, baru-baru ini.

Tambah beliau, selain makanan pembuka selera dan menu utama yang dihidangkan secara bufet, restoran ini turut menyediakan gerai-gerai soto, mi sup, bihun sup dan air batu campur.

Hamidah berkata, menu bufet Ramadan tahun ini dibahagikan kepada menu A dan B. Menu A akan dihidangkan pada minggu pertama dan ketiga sementara menu B pada minggu kedua dan keempat.

Menu A terdiri daripada lauk-pauk seperti ikan patin masak tempoyak, ikan keli masak cekur, kari ikan tenggiri, ayam masak merah, daging semur, sambal goreng, masak lemak nangka, pecal, kerabu, ulam, sambal-sambal dan tempe goreng tepung.

Aneka bubur, pengat dan kuih yang turut dihidangkan dalam menu A ialah bubur pulut hitam, pengat pisang, bubur candil, lopes ubi kayu, tiwol, popia goreng, kuih kacang, cucur badak, sago gula Melaka dan kek.

Kata Hamidah lagi, pelanggan dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM35 manakala kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun adalah sebanyak RM18.

Bagi mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah menghubungi Hamidah di 012-2295228.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s