Karnival galak budaya keusahawanan

Posted: September 18, 2010 in Pelbagai

KUALA LUMPUR 31 Julai – Langkah Koperasi Usahawan Melayu Serdang Berhad (Kawan Serdang) menganjurkan karnival usahawan perlu dicontohi semua pihak bagi untuk menggalakkan budaya keusahawanan kepada masyarakat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman berkata, karnival seperti ini penting untuk memberi peluang kepada usahawan mempromosikan perkhidmatan atau produk kepada masyarakat.

“Kami memberi sokongan kepada penganjur menjayakan karnival ini kerana terpanggil untuk bersama-sama membentuk budaya keusahawanan.

“Selain itu, karnival ini juga dapat merapatkan hubungan antara usahawan dengan masyarakat melalui pelbagai program yang dianjurkan,” katanya ketika merasmikan Karnival Usahawan Serdang di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bangi hari ini.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Selangor, Mohamad Kamil Hassan Helmi dan Pengerusi Kawan Serdang, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain.

Karnival empat hari bermula 29 Julai itu diadakan di perkarangan Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi.

Sebanyak 30 gerai pameran dibuka pada karnival itu termasuk gerai yang menyediakan pakej menaiki helikopter mengelilingi Bandar Baru Bangi dengan bayaran RM135 bagi dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak.

Pelbagai acara menarik disedia kepada pengunjung seperti pertandingan memancing, demonstrasi masakan tradisional, pertandingan memasak, konsert nasyid dan mewarna.

Penganjur turut menyediakan bengkel kecantikan, sayembara puisi Gaza dan percubaan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records menerusi acara memasak pelbagai jenis juadah berasaskan ikan keli dalam masa 45 minit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s