Lelaki kudung rayu bantuan

Posted: September 18, 2010 in Pelbagai

JAMALUDDIN Omar menunjukkan ikan keli peliharaannya yang sedia untuk dipasarkan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Permatang Rawa Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

KEPALA BATAS 11 Ogos – Seorang lelaki, Jamaluddin Omar, 37, merayu keprihatinan pihak berwajib untuk menghulurkan bantuan selepas hilang mata pencarian sebagai nelayan apabila kaki kanannya terpaksa dipotong, dua tahun lalu.

Kaki kanannya itu dipotong sehingga paras paha akibat penyakit kencing manis dan kini beliau hanya bergantung kepada tongkat untuk bergerak selain menggunakan kerusi roda yang dipinjam daripada jirannya.

Menurut Jamaluddin, selama lapan bulan beliau hanya terlantar di rumahnya di Kampung Permatang Rawa dekat Kuala Muda di sini tanpa mampu bergerak untuk mencari rezeki.

“Mujurlah saya mendapat bantuan melalui projek Bumi Hijau oleh Jabatan Perikanan untuk mengusahakan ternakan ikan keli dalam sangkar pada November lalu.

“Namun ia tidak mencukupi kerana mereka hanya menyediakan peralatan seperti tong dan paip manakala saya perlu keluarkan modal sendiri untuk membeli anak ikan serta makanan,” kata anak ketiga daripada tujuh beradik.

Jelasnya, beliau terpaksa mengeluarkan RM275 setiap bulan untuk membeli keperluan ternakan seperti makanan ikan.

Oleh itu, Jamaluddin merayu sumbangan pihak berkaitan untuk membeli sebuah motosikal roda tiga yang akan digunakan untuk berniaga ikan dan sayur di sekitar kawasan itu.

Selain itu katanya, pada masa sama beliau ingin mengembangkan lagi ternakan ikan keli yang ada kerana kini hanya enam sangkar yang mampu diusahakan.

“Sepatutnya saya yang menyara keluarga selepas abang dan kakak berkahwin serta memiliki keluarga sendiri namun keadaan menyukarkan saya untuk bergerak.

“Kini kami sekeluarga hanya mengharapkan adik, Ismail, yang bekerja sebagai nelayan selain Ali yang bekerja kilang di Butterworth,” ujarnya yang mendapat bantuan sebanyak RM150 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak lima bulan lalu.

Bagaimanapun katanya, nasib Ali juga tidak baik kerana turut memerlukan bantuan selepas tiga jari kanannya putus ekoran kemalangan di tempat kerja awal tahun lalu.

Bapanya juga tidak mampu bekerja kerana uzur akibat menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung selain jari kakinya terpaksa dipotong beberapa tahun lalu.

Dua lagi adiknya iaitu Nornasriah, 22, kini bertugas sebagai juruwang di plaza tol manakala adik bongsu, Nasriah, 20, masih belajar di sebuah pusat latihan kemahiran di Melaka.

“Saya harap ada pihak yang sudi tampil membantu saya agar kehidupan keluarga saya dapat dibela dan mengubah nasib kami sekeluarga,” katanya.

Komen-komen
  1. Shury berkata:

    ada contact number mana ahli keluarga dalam keluarga ini tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s