Mini MAHA Perlis sasar keuntungan lebih RM700,000

Posted: September 18, 2010 in Pelbagai

KANGAR 28 Julai – Program Mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) peringkat negeri yang akan bermula Khamis ini sehingga 1 Ogos di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad di sini dijangka memberi pulangan lebih RM700,000 berbanding RM600,000 pada tahun lalu.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani dan Koperasi, Sabry Ahmad berkata, lebih 150 peserta akan menyertai program itu yang diadakan serentak dengan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan negeri.

Katanya, sebanyak 20 agensi kerajaan akan menyertai program tersebut melalui pameran termasuk khidmat nasihat seperti klinik tani kepada para pengunjung terutama petani, penternak dan nelayan.

“Pelbagai acara termasuk pertandingan akan diadakan sepanjang program dan yang menarik adalah pertandingan Ratu Ikan Keli oleh Jabatan Perikanan iaitu pertandingan memilih ikan keli yang paling menonjol dari segi fizikal,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Turut diadakan, pertandingan hasil pertanian unik dan istimewa seperti ubi kayu, tembikai dan nangka gergasi, pertandingan ayam serama dan burung merbah jambul, pertandingan bunga orkid dan bonsai serta pertunjukan ikan arowana serta burung ‘flamingo’.

“Sejumlah 96 gerai jualan disediakan di tapak Mini MAHA yang dikendalikan oleh usahawan-usahawan yang menyertai program tersebut,” katanya.

Sabry berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga akan mengadakan pasar tani khas yang menyediakan lebih 70 gerai termasuk 15 gerai khas yang dikendalikan oleh golongan remaja bagi melatih mereka terlibat dalam pasar tani.

FAMA juga akan mengadakan pertandingan kopi tarik dan pertandingan makan durian berpasangan di tapak pasar tani sepanjang berlangsungnya program tersebut.

Menurut beliau, beberapa seminar turut diadakan termasuk seminar burung walid dan pengurusan pemprosesan makan ikan, selain penyampaian anugerah kepada peladang, penternak, nelayan dan pekebun jaya oleh agensi-agensi terlibat.

Sabry berkata, penganjuran Mini MAHA memberi peluang kepada usahawan pertanian mempromosikan produk dan hasil pertanian mereka selain menyediakan peluang perniagaan dalam sektor pertanian kepada penduduk tempatan.

“Ia juga menyediakan taklimat dan perniagaan dalam pertanian sebagai usaha pembudayaan keusahawanan untuk menggalakkan kumpulan sasar terutama siswazah menceburi sektor pertanian dan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, Mini MAHA juga merupakan landasan bagi pemadanan perniagaan iaitu peluang perniagaan kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan dalam sektor pertanian menerusi konsep francais.

Sehubungan itu, katanya, beberapa usahawan yang telah berjaya mengeksport produk akan menjayakan program tersebut bagi mendedahkan usahawan mengenai kejayaan produk mereka.

Mini MAHA peringkat negeri dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan akan dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s