Patin masak tempoyak juadah istimewa di Duta Village

Posted: September 18, 2010 in Pelbagai

KUANTAN 29 Ogos – Sempena bulan Ramadan ini, sebuah resort di Jalan Beserah di sini menawarkan lebih 30 juadah berbuka puasa termasuk masakan Pantai Timur berasaskan ikan air tawar dan gulai kawah.

Tidak kurang menariknya, Duta Village Beach Resort turut menyajikan hidangan istimewa iaitu ayam panggang kayangan, kambing dalca, ikan bakar Sarawak, sup kambing istimewa, manok pansoh dan daging masak hitam.

Dengan pilihan lebih 200 hidangan seminggu, bufet Ramadan di resort itu menawarkan harga RM35 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak (6 – 12 tahun).

Pengurusnya, Zairolazahar Mohamad berkata, mengambil tema selera tradisi 1Malaysia, resort tersebut menampilkan pelbagai juadah terkenal dari Pahang, Terengganu dan Kelantan seperti ikan patin masak tempoyak serta gulai kawah.

“Setiap hari, kita akan menukar enam hidangan utama antaranya daging masak opor Pahang, ayam golek Terengganu, salo sotong Kelantan, pari asam pedas, cencaru bakar ala nyonya, daun subang masak lemak dan kari kambing berkentang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini malam tadi.

Menurut Zairolazahar, turut disajikan ialah pelbagai jenis nasi seperti nasi hujan panas, nasi beriani, nasi tomato, nasi dhal utara, nasi kacang pis, nasi goreng bernenas dan nasi minyak di samping lebih 10 jenis kuih-muih dan manisan setiap hari.

Tambahnya, Duta Village Beach Resort turut menyediakan pakej berbuka puasa, bersahur dan promosi bilik pada kadar RM150 sahaja.

Sementara itu, katanya, cawangannya iaitu Duta Sands Beach Resort di sini turut menawarkan pelbagai hidangan berbuka puasa yang tidak terhad kepada selera Pantai Timur semata-mata pada harga RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.

Resort tersebut katanya, menyediakan menu seperti rendang ayam limau purut, ikan keli berlada, udang masak petai, kerabu daging, talapia goreng berlada dan mee sup utara.

Tambahnya, untuk promosi bilik, berbuka puasa dan bersahur, pihaknya menawarkan pada harga RM118 untuk sebilik.

Sebarang tempahan boleh menghubungi talian 09-5447900 (Duta Village) dan 09-5448101 (Duta Sands).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s