RM4.6j basmi kemiskinan

Posted: September 18, 2010 in Pelbagai

KOTA BHARU 4 Ogos – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan sebanyak RM4.6 juta melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) untuk melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan di beberapa kawasan Parlimen di negeri ini.

Antara kawasan Parlimen yang akan dilaksanakan program itu tahun ini ialah Pasir Mas, Tumpat, Bachok dan Ketereh.

Pengerusi KADA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pada 2010 pihaknya menyasarkan seramai 400 orang petani dari kawasan tersebut menyertai program berkenaan berbanding 250 orang dari Tumpat dan Ketereh yang berbuat demikian tahun lalu.

Menurutnya, program tersebut merupakan projek bersepadu meningkatkan pendapatan bagi membasmi kemiskinan melalui bidang pertanian dan industri asas tani di mana peserta dipilih melalui Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen berkenaan berdasarkan senarai dalam e-Kasih.

“Ia bermatlamat membantu meningkatkan pendapatan peserta e-Kasih, mengurangkan kadar kemiskinan dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada kelompok miskin tegar dan miskin.

“Ia juga untuk membantu meningkatkan jati diri peserta melalui program pembangunan modal insan dan motivasi dalam usaha meningkatkan keupayaan diri dan corak pemikiran bagi mengatasi masalah kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penerangan Program Pembasmian Kemiskinan KADA di Dewan Kelantan Trade Centre (KTC) di sini hari ini.

Bagi mencapai matlamat tersebut jelasnya, KADA menumpukan kepada 10 projek yang dikenal pasti berpotensi untuk meningkatkan pendapatan peserta antaranya projek ternakan ikan keli, tanaman cendawan dan ternakan itik dengan memperuntukkan RM10,000 bagi setiap peserta.

“Setiap peserta akan diberikan bantuan dalam bentuk kelengkapan dan input projek selain kursus teknikal sebelum projek bermula dan khidmat nasihat secara berpanjangan serta pemantauan berterusan oleh KADA bagi memastikan projek berdaya maju dan mencapai matlamat,” jelas Annuar.

Selain itu katanya, program bimbingan minda insan dan sokongan moral kepada peserta serta seluruh ahli keluarga akan turut diberikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s