Akuatrop tingkat penyelidikan akuakultur

Posted: Disember 9, 2010 in Pelbagai
 

AZIZ Deraman (dua dari kiri) melancarkan Hari Terbuka Sehari Bersama Akuatrop dengan melakukan teknik aruhan ikan keli untuk mendapatkan benih di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

 


KUALA TERENGGANU 16 Nov. – Sejak ditubuhkan tujuh tahun lalu, Institut Akuakultur Tropikal (Akuatrop), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah melahirkan empat pemegang doktor falsafah (Ph.D) dan 46 graduan ijazah sarjana dari dalam dan luar negara.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Aziz Deraman berkata, ketika ini, pihaknya dalam usaha membangunkan sumber manusia bagi mengembangkan industri akuakultur dengan seramai 13 pelajar Ph.D dan 56 pelajar sarjana sedang mengikuti pengajian.

Katanya, ia seiring dengan matlamat kewujudan Akuatop bagi membantu kerajaan agar pengeluaran industri itu dapat menampung keperluan negara melalui pelbagai penyelidikan untuk mengkomersialkan segala sumber yang ada.

“Akuatrop turut bergiat dengan projek berimpak besar bagi menyumbang kepada pembangunan akuakultur negara seperti projek akuaponik Batin, pembenihan ikan kelah, kajian ternakan ikan talapia air masin serta penyelidikan belangkas dan kopepod.

”Juga penyelidikan ketam kulit lembut bagi membolehkan sumber permintaan yang tinggi ini dapat dihasilkan melalui usaha menternak secara komersial,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Terbuka Sehari Bersama Akuatrop di UMT di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed Shazili dan Pengarah Akuatrop, Prof. Dr. Faizah Shaharom.

Program itu bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk meninjau, mendapatkan maklumat berhubung aktiviti dan pencapaian institut itu selain melihat dengan lebih dekat hasil penyelidikan serta berkomunikasi dengan para penyelidik Akuatrop.

Di samping itu, ia juga mendedahkan mereka kepada kejayaan-kejayaan dari penyelidikan yang telah dijalankan yang sudah semestinya memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi masyarakat tempatan.

Tambah Aziz, Akuatrop telah menyiapkan sebuah buku berjudul ‘Talapia : Aquaculture Techniques and Potentials’ yang bakal diterbitkan hujung tahun ini dan ia dapat memberi lebih banyak maklumat serta boleh dijadikan panduan oleh para penyelidik, pelajar atau pengusaha ternakan tersebut.

“Selain itu, Akuatrop ketika ini menjadi tuan rumah kepada penyelidik dari Hungarian Academy of Science, Prof. Dr. Csaba Szekel di bawah program ‘Brain Gain Programme’.

“Beliau yang juga pakar dalam bidang parasit ikan akan berada di UMT selama tiga minggu untuk memberi ceramah, bimbingan dan tunjuk ajar kepada penyelidik dan pegawai-pegawai Akuatrop,” katanya.

Jelasnya, Akuatrop komited meneruskan tanggungjawabnya dalam menjalankan pelbagai kajian berkaitan bidang akuakultur terutama pembenihan, pemakanan, genetik, kajian penyakit hidupan marin serta sistem akuakultur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s