RM300,000 belanja benih ikan, udang

Posted: Disember 9, 2010 in Pelbagai

SEREMBAN 7 Nov. – Jabatan Perikanan Negeri membelanjakan hampir RM300,000 bagi tujuan pelepasan benih ikan dan udang air tawar di sungai negeri ini sepanjang tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, kos tersebut merangkumi nilai benih ikan dan udang termasuk ikan matang yang dilepaskan ke sungai di seluruh negeri ini.

”Langkah itu bertujuan menambahkan stok ikan air tawar di sungai-sungai di negeri ini selain menyediakan sumber protein kepada penduduk setempat.

”Inisiatif tersebut juga secara tidak langsung diyakini dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk berhampiran sungai terbabit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Jelasnya, sehingga penghujung Oktober, hampir sejuta ekor ikan air tawar pelbagai jenis dilepaskan ke sungai-sungai di negeri ini.

”Antara jenis ikan air tawar yang dilepaskan adalah seperti kerai, lampam, baung, puyu dan jelawat.

”Jumlah tersebut tidak termasuk benih ikan keli yang bernilai hampir RM90,000 yang turut diagihkan kepada umum menerusi ‘Program Bumi Hijau’ sepanjang tempoh tersebut,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kira-kira 200,000 ekor udang pelbagai jenis juga telah dilepaskan di Sungai Timun, Linggi, Port Dickson dekat sini.

Dalam pada itu, Muhammad Aznan turut menegaskan kepada orang ramai agar tidak menjalankan aktiviti menangkap ikan melalui kaedah terlarang.

”Saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak meracun, menuba atau menggunakan bom bagi menangkap ikan.

”Ini kerana perbuatan tidak bertanggungjawab itu hanya akan merosakkan kitaran hidupan akuatik sekali gus menjejaskan alam sekitar,” tegasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s