Belia digesa majukan pertanian

Posted: Disember 15, 2010 in Pelbagai
 

SYED Hamid Albar dan isteri, Puan Sri Syarifah Aziah Syed Zainal Abidin melepaskan benih ikan air tawar di Kampung Sentosa, Kota Tinggi, baru-baru ini.

 


KOTA TINGGI 9 Dis. – Generasi muda digesa aktif menceburi sektor pertanian bagi menjayakan pembangunan pertanian negara secara mapan dan berkesan.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, langkah proaktif perlu diambil bagi menggalakkan generasi muda menceburi bidang berkenaan yang menjanjikan pulangan lumayan kepada petani dan usahawan yang gigih berusaha.

“Dengan menggalakkan penglibatan secara langsung generasi muda dalam sektor ini, kita yakin ia mampu menyumbang ke arah menjana pertumbuhan ekonomi,” katanya semasa melawat Projek Agrotourism Gerakan Daya Wawasan dan Peladang Unit Kampung Sentosa, di sini baru-baru ini.

Projek itu diusahakan oleh dua anak tempatan iaitu Fadil Mohd. Sabelas dan Sulaiman Yassin di atas tapak bekas lombong pasir menempatkan kolam ikan patin, keli, baung, tilapia dan ternakan termasuk lembu, kambing dan itik.

Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi Timur, Norzaini Muhammad Zain, beberapa pemimpin setempat serta mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Syed Hamid turut meminta masyarakat memaksimumkan pengunaan tanah pertanian dengan melaksanakan sistem integrasi dengan mempelbagaikan aktiviti ladang seperti lembu, kambing, itik dan kolam ikan.

Beliau berkata, Gerakan Daya Wawasan merupakan penambahbaikan kepada program sebelum ini yang dikenal sebagai Gerakan Desa Wawasan dengan diberi nafas baru bagi mengubah pemikiran warga desa secara lebih berkesan untuk mencapai Wawasan 2020.

“Ia adalah satu usaha yang digembleng dengan memberi tumpuan khususnya ke arah pembangunan sesebuah kampung atau desa dengan matlamat menjadikannya maju, menarik dan menguntungkan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s