Rapat hubungan penduduk Semaloi

Posted: Disember 22, 2010 in Pelbagai
Oleh NORAZMAN ABDUL RAHIM
utusanjohor@utusan.com.my
 

AHLI jawatankuasa penganjur yang menjayakan program Juara Rakyat di Kampung Semaloi, Endau, baru-baru ini.

 


MERSING 15 Dis. – Program Juara Rakyat yang diperkenalkan kerajaan tidak asing lagi di negara ini.

Program untuk mendekatkan pemimpin dan rakyat ini sering menjadi tumpuan ramai khususnya golongan yang ingin mendapatkan penerangan mengenai sesuatu perkara daripada jabatan dan pegawai kerajaan, malah pemimpin yang berkaitan.

Baru-baru ini, program Juara Rakyat yang dianjurkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Semaloi, dekat sini turut ‘diserbu’ ribuan penduduk yang bersama-sama memeriahkan pelbagai aktiviti yang diadakan.

Program sehari yang dirasmikan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad yang juga Timbalan Menteri Pertahanan itu berlangsung meriah dengan diisi pelbagai aktiviti termasuk gotong-royong membersihkan kubur, mengecat masjid, pameran kereta dan motosikal lama serta pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Turut diadakan pertandingan memancing di tali air bagi kategori kanak-kanak dan dewasa yang menawarkan hadiah wang tunai serta hamper.

Penyelaras program, Shah Ridha Abdul Jalil, 35, berkata, program itu turut disertai penduduk dari kampung lain termasuk dari Kampung Orang Asli Labong dan pekan Endau.

“Pertandingan dam haji, karaoke serta cabutan nombor bertuah turut dijadikan sebagai acara sampingan untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menyertainya.

“Bagi golongan wanita, mereka juga tidak ketinggalan dengan menyertai pertandingan menggubah bunga, lipatan kreatif, masakan dan mewarna bersama keluarga,” katanya.

Seorang penduduk, Fatimah Darih, 50, mengakui program tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim masyarakat sambil berhibur bersama keluarga.

“Saya seronok melihat golongan wanita membuat gubahan dan lipatan serta menunjukkan kebolehan membuat kuih berasaskan ubi kayu,” katanya.

Bagi Norainee Ghozali, 16, dia gembira kerana dapat membantu ibunya membuka gerai menjual kuih baulu dan denderam buatan ibunya.

“Alhamdulillah ramai juga pengunjung yang membeli baulu dan denderam kami kerana ingin merasai sendiri setelah disiarkan dalam Utusan Malaysia sebelum ini,” katanya.

Juara pertandingan memancing, Mohd. Tarmizi Md. Hassan, 33, berasal dari Felcra Sri Mahkota pula tidak menyangka memenangi pertandingan itu dengan tangkapan ikan keli seberat 865 gram.

“Di samping mendapat keseronokan memancing, saya dapat beramah mesra dengan penduduk kampung yang selama ini sibuk dengan pekerjaan masing-masing di sawah,” katanya sambil gembira menunjukkan hadiah wang tunai RM500 yang dimenangi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s