Pancing ikan darat meriahkan musim tengkujuh

Posted: Januari 4, 2011 in Pelbagai

KUALA TERENGGANU 27 Dis. – Musim tengkujuh diikuti cuaca buruk sedikit sebanyak mengganggu pergerakan dan membataskan kegiatan harian masyarakat.

Namun, bagi penduduk di Gong Baru, Gong Tok Nasek di sini, keadaan cuaca yang tidak menentu itu dimanfaatkan dengan pelbagai kegiatan bagi mengeratkan hubungan sesama mereka.

Selain program larian tali air dan futsal sawah yang lazim diadakan pada musim tengkujuh, pertandingan memancing ikan darat diadakan di kampung itu.

Dengan adanya tali air sepanjang dua kilometer yang mengairi sawah di kampung itu, membolehkan pelbagai aktiviti diadakan di situ.

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gong Baru, Gong Tok Nasek, Mohd. Hanafiah Ismali, 47, Pertandingan Ngail Ikan Darat Puyan (musim) Ujan itu merupakan aktiviti yang sering dinantikan penduduk.

Malah, ia turut menarik penyertaan sebilangan kaki pancing dari seluruh negeri itu dengan sambutan yang sentiasa menggalakkan.

“Pada kali ini kita menerima seramai 350 penyertaan pelbagai peringkat usia,” katanya kepadaUtusan Malaysia ketika ditemui di sini, kelmarin.

Pertandingan tersebut bermula pada pukul 3 hingga 5 petang, bagaimanapun seawal pukul 2 petang peserta telah mula memenuhi tebing tali air di kampung itu.

“Walaupun kita tidak melepaskan ikan ke dalam tali air itu namun, hasil tangkapan yang berjaya dinaikkan mencecah lebih dua kilogram,” ujarnya.

Pada pertandingan tersebut, sebanyak RM1,550 ditawarkan selain turut diadakan cabutan nombor bertuah berupa hamper makanan serta peralatan elektrik.

Rosli Osman muncul sebagai juara dengan menaikkan ikan keli seberat 2.9 kilogram.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s