TADC rancang hasilkan 100 tan metrik ikan sebulan

Posted: Januari 4, 2011 in Pelbagai

KUALA TERENGGANU 31 Dis. – Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC), anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), menjangka mengeluarkan 100 tan metrik ikan air tawar sebulan pada tahun depan, sekali gus mampu memenuhi permintaan ikan air tawar di seluruh negara.

Pengerusinya, Razali Idris berkata TADC merancang menggandakan pengeluaran ikan di Tasik Kenyir sehingga 12,000 tan metrik setahun, berbanding 500 metrik tan setahun sekarang ini.

Ikan yang akan dihasilkan ialah patin, talapia merah, talapia hitam, patin, keli, baung dan siakap, yang buat masa ini, permintaan dalam negeri Terengganu sendiri masih belum mencukupi, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pembukaan kedai Trendi Fresh di sini, semalam.

Razali berkata, TADC pada masa ini mempunyai 2,200 buah sangkar ikan air tawar di Sungai Como, Tasik Kenyir yang setiap satunya mampu menghasilkan setan metrik ikan.

Beliau berkata, TADC telah membelanjakan kira-kira RM20 juta untuk membina sangkar dan kemudahan asas projek tersebut.

TADC ditubuhkan untuk memasarkan hasil serta melaksanakan projek yang berkaitan perikanan dan pertanian di negeri Terengganu.

Menurut Razali, Trendi Fresh adalah jenama produk TADC dan beralamat di Taman PMINT Jaya Fasa IV, 21080 Cendering.

Bersempena pembukaan kedai Trendi Fresh, katanya jualan promosi telah diadakan dengan menawarkan harga yang lebih rendah daripada harga biasa.

Kini, katanya, pembeli tidak perlu lagi pergi ke Tasik Kenyir untuk membeli ikan segar yang pastinya kos untuk pergi balik lebih tinggi berbanding kos ikan di Trendi Fresh. – BERNAMA

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s