600 kaki pancing meriahkan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Posted: Januari 10, 2011 in Pelbagai

KUALA PILAH 2 Jan. – Penganjuran Karnival Pancing Tasik Londa Naga di Seri Menanti, di sini yang berlangsung pada 15 Januari ini dijangka disertai lebih 600 kaki pancing dari seluruh negara.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Ibrahim Hassan berkata, program itu diadakan sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-63 pada 15 Januari ini.

“Sebanyak 20 acara disediakan sempena karnival itu dan kita menjangka lebih 20,000 pengunjung datang ke program ini.

“Kita menyasarkan seramai 1,000 peserta walaupun sasaran awal hanya sekitar 600 kaki pancing sahaja,” katanya di sini hari ini.

Karnival tersebut merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Pilah dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Pilah selain mendapat tajaan dari Syarikat A@W, Jalen, Bernas dan 100 Plus.

Katanya, Tuanku Muhriz dijangkakan berkenan untuk berangkat ke karnival tersebut bagi memeriahkan lagi pertandingan berkenaan.

Ibrahim berkata, bagi pertandingan itu, sebanyak tiga tan ikan pelbagai spesies dilepaskan ke dalam tasik berkenaan.

“Antaranya adalah patin, pacu dan keli. Ikan yang dilepaskan itu mempunyai berat antara dua hingga tujuh kilogram,” katanya.

Mengulas lanjut penyertaan pertandingan yang bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang itu, Ibrahim berkata, setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM30.

“Tetapi apa yang lebih menarik, pertandingan tahun ini menawarkan konsep ‘hadiah sapu bersih’, di mana setiap peserta layak menerima hadiah lebih daripada satu.

“Selain itu, 300 peserta mendaftar awal berpeluang menerima sehelai baju-T karnival,” katanya.

Ibrahim berkata, hadiah wang RM5,000 bakal menanti pemenang.

“Hadiah disediakan untuk pemenang dari tempat pertama sehingga tempat ke-30, manakala juara berpeluang membawa pulang wang RM3,000, kedua RM1,000 dan ketiga RM500 selain pelbagai hadiah iringan dan cabutan bertuah,” katanya.

Mereka yang berminat boleh dapatkan borang penyertaan di JPS Kuala Pilah dengan menghubungi 06-4811 520 (Md. Sidek) atau Sekretariat Pertandingan di talian 019-6047076 atau 012-2846811.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut serta borang pertandingan dengan melayari jomteamkakipancing.blogspot.com.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s