3 tan ikan, RM5,000 menanti kaki pancing

Posted: Januari 14, 2011 in Pelbagai
 

Mohd. Aminodin Othman (kiri) melepaskan ikan di Tasik Londa Naga, Seri Menanti, Kuala Pilah baru-baru ini untuk pertandingan memancing yang akan berlangsung Sabtu ini.

 


KUALA PILAH Jan. – Karnival Pancing Tasik Londa Naga di Seri Menanti yang akan berlangsung pada Sabtu ini dijangka menarik perhatian lebih 600 kaki pancing sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Timbalan Pentadbir Tanah Kuala Pilah, Mohd. Aminodin Othman berkata, sebanyak tiga tan ikan pelbagai spesies, antaranya patin, pacu dan keli yang beratnya antara tiga hingga tujuh kilogram telah dilepaskan di kolam Tasik Londa Naga bagi memberi kepuasan kepada kaki pancing yang bertanding.

Penganjur menyediakan hadiah wang tunai berjumlah lebih RM5,000. Hadiah-hadiah disediakan untuk tempat pertama sehingga tempat ke-30 dengan juara akan menerima wang tunai sebanyak RM3,000, kedua RM1,000 dan ketiga RM500 selain pelbagai hadiah iringan.

Mohd. Aminodin menjangkakan pertandingan kali ini akan mendapat sambutan sehingga 600 peserta setelah menyaksikan edisi lalu disertai oleh 400 orang kaki pancing.

Setakat ini, katanya, sambutan dari kaki pancing amat menggalakkan dan terdapat peserta dari Melaka, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur sudah mengesahkan penyertaan.

Jelas beliau, peserta yang telah membuat pembayaran boleh membuat tuntutan baju T pertandingan, pas peserta dan nombor cabutan bertuah pada pukul 9 pagi hari pertandingan.

Karnival tersebut dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Pilah dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Pilah selain mendapat tajaan dari Syarikat A@W, Jalen, Bernas dan 100 Plus.

Pertandingan tersebut akan bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang.

“Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM30 untuk satu joran dua mata.

“Tetapi apa yang lebih menarik, pertandingan tahun ini menawarkan konsep ‘hadiah sapu bersih’, di mana setiap peserta layak menerima hadiah lebih daripada satu.

“Sebanyak 300 penyertaan terawal akan menerima sehelai baju-T karnival,” jelasnya.

Katanya, Tuanku Muhriz dijangka berkenan berangkat ke karnival tersebut bagi memeriahkan lagi pertandingan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut dan menyertai pertandingan itu boleh dapatkan borang penyertaan di JPS Kuala Pilah dengan menghubungi 06-4811 520 (Md. Sidek) atau sekretariat pertandingan di talian 019-352 2046 atau 012-284 6811.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut serta borang pertandingan dengan melayari http://jomkakipancing-team.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s