Banjir beri rezeki kepada penduduk Sungai Rambai

Posted: Februari 17, 2011 in Pelbagai
 

Mohd. Norhafiz Buamin memasang jaring bagi menangkap ikan di Kampung Parit Penghulu, Jasin, kelmarin.

 


JASIN 2 Feb. – Banjir yang mula melanda Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai di tiga kawasan iaitu Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Parit Putat Benteng dan Kampung Janda Berhias memberi rezeki kepada beberapa penduduk terbabit.

Ketika kesibukan, penduduk menyelamatkan barang-barang milik mereka ada sebahagian daripadanya mengambil kesempatan memancing, memasang jaring dan menjala di kawasan rumah yang dinaiki air.

Sejak ketiga-tiga kampung itu mula dinaiki air setinggi 0.2 hingga 0.3 meter lewat malam semalam, awal- awal pagi penduduk mengambil kesempatan menangkap ikan air tawar di kawasan rumah dan sawah yang digenangi air.

Antara ikan yang berjaya ditangkap oleh penduduk terbabit ialah ikan puyu, keli, haruan, lampam, temakang dan tilapia merah.

Hanya bermodalkan jala, jaring dan pancing beberapa penduduk kampung mencuba nasib di kawasan yang ditenggelami air dan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kerana bukan sahaja ikan boleh dijadikan hidangan lauk malah selebihnya boleh dijual.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ada penduduk yang memasang jaring di hadapan rumah, di kawasan tempat karaoke dan sawah padi.

Seorang remaja, Mohd. Norhafiz Buamin, 20, berkata, sejak memasang jaring lewat malam semalam, dia memperoleh kira-kira 3 kilogram ikan pelbagai spesies seperti puyu, keli dan haruan.

“Saya tangkap ikan ini bukan untuk dijual tetapi untuk dimakan. Bila banjir inilah yang selalu saya lakukan dengan memasang jaring kalau ada rezeki memang banyak ikan yang berjaya ditangkap.

“Seronok bila sesekali banjir, inilah peluang untuk menjaring ikan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ujarnya, setiap empat jam sekali dia akan melihat jaring sepanjang 150 meter yang dipasang di hadapan rumahnya.

Bagi seorang pesawah Ramli Yaakub, 53, yang turut tidak melepaskan peluang menjala ikan memberitahu, dia menjala ikan hanya untuk dijadikan lauk pada musim banjir ini.

“Saya menjala sekadar suka-suka. Hasil tangkapan agak memuaskan dan boleh dijadikan lauk untuk keluarga saya.

“Jika ada lebih dan bergantung kepada permintaan barulah saya akan menjualnya kepada penduduk di kampung ini,” ujarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s