Banjir: Pengusaha ikan air tawar tanggung kerugian

Posted: Februari 17, 2011 in Pelbagai

seorang petani memeriksa tanaman padi yang ditenggelami air akibat empangan pecah di Parit Penghulu Sungai Rambai Jasin Melaka, baru-baru ini.


 

SEREMBAN 7 Feb. – Kira-kira 30 pengusaha ikan air tawar di negeri ini terpaksa menanggung kerugian dianggarkan mencecah RM200,000 ekoran ternakan mereka terjejas akibat banjir teruk yang melanda beberapa daerah di sini baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, jumlah tersebut merupakan nilai anggaran kerugian ternakan yang terjejas membabitkan perusahaan di beberapa daerah seperti Kuala Pilah, Rembau, dan Gemas.

Menurutnya, banjir teruk sejak 31 Januari lalu itu bukan sahaja menjejaskan ternakan pengusaha terbabit malah mengakibatkan kerosakan terhadap infrastruktur, saliran termasuk peralatan perusahaan berkenaan.

”Berdasarkan laporan, kejadian banjir yang berlarutan beberapa hari itu menyebabkan ternakan pengusaha berkenaan mati dan terlepas di bawa arus deras.

”Banyak aduan yang diterima ini melibatkan perusahaan ikan keli, tilapia serta siakap,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Wan Muhammad Aznan, pihaknya kini sedang giat menjalankan taksiran kerugian pengusaha berkenaan bagi mengenalpasti jumlah sebenar kerugian keseluruhan.

”Apabila jumlah sebenar kerugian ini dapat dikenalpasti, kita akan memohon peruntukan dari kementerian untuk kita salurkan bantuan kepada pengusaha terlibat.

”Ini bagi meringankan beban pengusaha berkenaan sekali gus membolehkan mereka meneruskan semula operasi masing-masing,” katanya.

Tambahnya, pengusaha terlibat bakal menerima bantuan seperti benih ikan, makanan ikan termasuk tanggungan kos membaik pulih infrastruktur perusahaan.

”Bagaimanapun, bantuan yang akan disalurkan ini bergantung kepada kelulusan peruntukan yang dipohon,” katanya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s