Najib pengerusikan mesyuarat Kabinet di Kuantan

Posted: Februari 17, 2011 in Pelbagai
09/02/2011 11:36am

KUANTAN 9 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini, yang pertama diadakan di luar Putrajaya sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.

Perdana Menteri bersama jemaah menteri tiba menaiki tiga buah bas di bangunan Yayasan Pahang pada 8.15 pagi tadi.

Mereka kemudiannya mengadakan sesi bergambar sebelum menikmati sarapan dan mendengar taklimat pembangunan ekonomi negeri Pahang yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Tepat 9.30 pagi, Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 28 menteri memulakan mesyuarat.

Selepas itu, Najib dan jemaah menteri dijadual melawat Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Bukit Kenau di Pekan yang mengandungi pusat kraftangan, rumah peserta, projek ternakan ikan keli dan ternakan kambing, projek pertanian fertigasi dan inap desa Bukit Kenau. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s