Pesara berjaya selepas gagal

Posted: Februari 17, 2011 in Pelbagai

 

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

 

Mohammad Razali Hussin (kiri) menunjukkan ikan keli yang cukup matang dan sedia dipasarkan ke pasaran tempatan kepada peserta program di Seremban, baru-baru ini.


 

SEREMBAN 4 Feb. – Bermula dengan hobi kini bertukar menjadi salah satu punca pendapatan.

Itu yang dilakukan oleh bekas pesara Telekom, Mohammad Razali Hussin, 58, yang kini menjadikan bidang penternakan ikan sebagai salah satu pendapatan yang lumayan.

Menariknya, dia memanfaatkan sepenuhnya tanah tinggalan keluarganya dekat Ampangan di sini sebagai lokasi untuk mengusahakan penternakan ikannya sejak enam tahun lalu.

Katanya, dengan bermodalkan lebih RM2,000 dia telah mendirikan kolam yang menempatkan pelbagai spesies ikan air tawar untuk diternak.

”Namun pada awalnya usaha saya gagal apabila banyak ikan ternakan mati akibat diserang penyakit menyebabkan saya terpaksa menanggung kerugian besar.

”Bagaimanapun saya tidak berpatah semangat, sebaliknya berusaha untuk menghadiri kelas-kelas serta mendapatkan pandangan dari usahawan yang telah berjaya,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mohammad Razali menambah, antara spesies ikan yang diternak termasuklah ikan keli, tilapia serta ikan puyu yang kini mendapat permintaan yang tinggi di dalam pasaran tempatan.

Ditanya mengenai permintaan terhadap hasil ternakannya, dia memberitahu, sambutannya amat menggalakkan sekali terutamanya di sekitar kawasan di negeri ini selain beberapa lokasi di Selangor.

Malah katanya, dia turut menjadikan kediamannya sebagai pusat pembelajaran serta kursus bagi orang ramai, pelajar serta graduan yang ingin berkecimpung secara serius dalam bidang penternakan ikan air tawar.

Jelasnya, kursus yang dijalankan itu akan membolehkan mereka mengetahui selok-belok serta teknik berkesan dalam menguruskan aktiviti penternakan ikan.

”Antara aspek yang akan ditekankan sepanjang kursus ini merangkumi teknik aruhan bagi ikan keli, penyediaan pallet serta penternakan ikan.

”Pada masa sama, kita juga akan mendedahkan kepada para pelajar mengenai penyediaan peralatan akuakultur selain menyediakan khidmat kaunseling serta kursus-kursus berkaitan dengan penternakan ikan.

Mohammad Razali, menjelaskan kursus yang diadakan itu akan berjalan selama tiga hari, turut memberikan peluang kepada pelajar untuk menjalankan teori dan amali pada kursus berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kursus yang diadakan boleh menghubungi di talian 013-3406332.

Malah mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut juga boleh atau melayari laman web Mohammad Razali di http://kanvas1.tripod.com.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s