PPD Rantau Panjang ceburi projek ternak ikan air tawar

Posted: Februari 17, 2011 in Pelbagai

RANTAU PANJANG 10 Feb. – Perkumpulan Perempuan Daerah (PPD) Rantau Panjang yang merupakan sebuah pertubuhan dianggotai keseluruhan wanita kini mengusahakan projek pemeliharaan ikan air tawar di Kampung Gual Tok Deh di sini.

Melalui pembinaan 10 buah kolam, terdapat kira-kira hampir 10,000 ekor ikan yang bakal dipasarkan oleh peraih tempatan dan dijangka memperoleh hasil kira-kira RM20,000.

Projek yang dirintis lebih setahun lalu itu akan menjadi antara sumber kewangan terbaru PPD Rantau Panjang.

Pengerusinya, Ra Noor Asikin Hussin berkata, pemeliharaan ikan air tawar itu dimulakan sebagai projek percubaan bagi mendapatkan wang menampung perbelanjaan ahli-ahli.

Katanya, ini berikutan banyak aktiviti dilakukan oleh ahli melibatkan hal-hal kemasyarakatan dan kesenian.

Justeru, katanya, bagi menampung aktiviti yang dilakukan, PPD perlu mempunyai dana dalam aktiviti tertentu.

“Sudah sampai masanya PPD melaksanakan projek berkenaan,” katanya ketika ditemui di kolam ikan itu semalam.

Mengenai projek berkenaan, Ra Noor Asikin memberitahu, pihaknya mendapat kerjasama seorang penternak, Che Daud Che Man untuk menjaga projek pemeliharaan ikan keli itu.

Pada peringkat permulaan, katanya, lebih 30,000 anak benih ikan dilepaskan ke dalam kolam tersebut dan dengan penjagaan makanan dan air, ikan keli itu membesar mengikut tempohnya.

“Kalangan ahli turut bekerjasama membantu bagi memastikan projek itu berjalan lancar,” katanya.

Menurutnya, PPD juga ingin menjadikan projek pemeliharaan ikan itu sebagai kejayaan yang boleh dicontohi ramai.

Berikutan kejayaan itu, katanya, pihaknya bercadang untuk membesarkan lagi projek ternakan itu bagi mendapatkan pendapatan tetap untuk persatuan tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s