Satu tan ikan dilepas di Tasik Titiwangsa

Posted: Februari 22, 2011 in Pelbagai
 

Mohd. Sidek Khalid (tengah) melepaskan ikan tongsan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, kelmarin untuk menjadi habuan kaki pancing pada Karnival Pancing 1Malaysia 2011 pada 26 Februari ini.

 


KUALA LUMPUR 18 Feb. – Kehangatan Karnival Pancing 1Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 26 Februari di Taman Tasik Titiwangsa semakin dirasakan apabila penganjur melepaskan satu tan metrik ikan pelbagai jenis semalam.

Majlis melepaskan ikan patin, tongsan dan keli seberat tiga hingga lima kilogram itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Festival, Mohd. Sidek Khalid.

Karnival itu adalah anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011.

Selain memeriahkan sambutan Hari Wilayah, pertandingan itu merupakan usaha penganjur untuk mendekatkan diri dengan warga kota selain menyediakan program untuk penduduk berhibur bersama keluarga.

Mengulas mengenai pertandingan itu, Mohd. Sidek menjangkakan 1,000 peserta akan menyertainya berdasarkan sambutan hangat pada tahun-tahun sebelumnya.

Format pertandingan ialah pemenang akan dipilih berdasarkan kepada ikan paling berat yang ditangkap.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, kedua RM3,000 dan ketiga RM1,000.

Hadiah RM200 tiap satu turut disediakan untuk pemenang tempat keempat hingga ke-10 manakala untuk peserta di tempat ke-11 hingga ke-20 pula akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100.

Pemenang tempat ke-21 hingga ke-30 akan mendapat RM50 dan di tempat ke-31 hingga ke-40 menerima RM30. Penganjur turut menyediakan hadiah bagi kategori khas ikan keli di mana juara bakal membawa pulang RM300, kedua RM200 dan ketiga RM100.

“Kami tidak menaikkan jumlah hadiah keseluruhan pertandingan. Ini sengaja dilakukan kerana pertandingan ini lebih berorientasikan berseronok bersama keluarga dan memeriahkan sambutan Hari Wilayah.

“Bagaimanapun, menariknya pada tahun ini ialah kami menyediakan ‘hadiah sapu bersih’ yang bermakna peserta layak menerima lebih daripada satu hadiah,” kata Mohd. Sidek.

Peserta turut berpeluang mendapat hadiah menerusi cabutan bertuah yang menyediakan 200 hadiah manakala F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. menaja minuman 100 Plus.

Yuran pendaftaran pertandingan ialah RM30 untuk sebatang joran dua mata dan Penyertaan masih dibuka untuk kaki pancing seluruh negara dan yang berminat boleh mendaftar di Rumah Sampan, Taman Tasik Titiwangsa pada Sabtu ini bermula 10 pagi hingga 5 petang sehingga ke hari pertandingan. Pertandingan akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Sebanyak 700 penyertaan terawal akan menerima sehelai baju-T karnival.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut serta borang pertandingan dengan melayari http:// jomkakipancing-team.blogspot.com atau menghubungi urus setia di talian 019-3522046, 013-3052811, 017-3727420 atau 012-2846811.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s