Usahawan GILKSB minta kerajaan bantu kembangkan perniagaan

Posted: Februari 22, 2011 in Pelbagai

PENGARANG Berita KOSMO!, Wan Hasnan Wan Hasan (kiri) menerangkan operasi harian akhbar KOSMO! semasa lawatan usahawan Gabungan Institusi Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera di pejabat Utusan di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam.


 

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Usahawan remaja Gabungan Institusi Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera (GILKSB) dalam sektor pertanian meminta kerajaan membantu menyelesaikan beberapa kekangan yang wujud dalam melancarkan operasi perniagaan mereka.

Pada sesi diskusi bersama Utusan Malaysia, mereka turut membincangkan isu harga makanan ternakan yang mahal selain bekalannya yang tidak mencukupi serta monopoli harga oleh pengusaha bukan bumiputera dalam pasaran.

Seorang penternak lembu tenusu,Chanberlan Asik, 22, memberitahu, perusahaan milik keluarganya itu menjual susu lembu pada harga yang murah iaitu RM1 seliter sejak 26 tahun lalu.

“Tetapi saya berhadapan pula dengan masalah kekurangan rumput dan terpaksa bergantung kepada makanan tambahan.

“Kos makanan tambahan untuk lembu semakin meningkat saban tahun manakala harga borong masih ditakuk lama,” katanya di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad; Pengurus Jabatan Pengarang, Zaharuddin Mohd. Ali; Pengerusi Eksekutif Institut Skil-Tech, Nordin Abdul Malik dan Pengurus Besar (Permuafakatan) Gagasan Badan Ekonomi Melayu, Nor Rashid Ismail.

Sementara itu, pembekal benih ikan air tawar, Mohd. Aminudin Mohd. Zaibani, 23, berkata, dia kini tidak mampu lagi bersaing dengan penternak ikan air tawar lain dan berniat meninggalkan bidang tersebut.

“Sukar untuk bersaing dengan pengusaha lain kerana mereka menawarkan harga yang jauh lebih murah kepada pemborong.

“Bukan tidak mahu meletakkan harga seperti mereka tetapi harga makanan ikan yang sememangnya mahal,” katanya.

Dalam pada itu dia mendakwa, terdapat penternak yang menggunakan sisa ternakan babi dan bangkai ayam sebagai makanan ikan keli.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dynamicglobe Solutions, Azri Zahier Azmi, 23, berkata, pihaknya membangunkan laman sosial Farmbook.my khusus untuk golongan penternak, peladang dan nelayan untuk membantu mereka memasarkan produk masing-masing.

“Laman sosial itu menghimpunkan pengusaha industri pertanian untuk mengembangkan rangkaian perniagaan dengan melakukan urusan jual beli secara dalam talian.

“Masalah yang diutarakan pada hari ini mampu diselesaikan sekiranya mereka mengadakan kerjasama secara terus tanpa mengeluarkan kos membiayai orang tengah dengan menggunakan laman sosial Farmbook,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, mereka yang berminat untuk memasarkan produk mereka boleh berbuat demikian melalui laman sosial itu, http://www.farmbook.my.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s