JKKKP diminta elak ketirisan bantuan kerajaan

Posted: Mac 28, 2011 in Pelbagai

BUKIT MERTAJAM 13 Mac – Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) diingatkan supaya membuat penelitian sebaiknya bagi memastikan program bantuan Kerajaan Pusat disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak menerimanya.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, JKKKP memainkan peranan sangat penting untuk mengenal pasti golongan yang wajar diberi bantuan dari semasa ke semasa.

Ini kerana katanya, sistem penyampaian kepada masyarakat perlu diselaras dengan baik dan mengelakkan timbul sebarang masalah di kalangan masyarakat sendiri.

“Kita tak mahu ada rungutan atau cakap-cakap belakang sekiranya JKKKP gagal menyalurkan bantuan kerajaan kepada pihak sepatutnya seperti bantuan perumahan atau pertanian.

“JKKKP kena belajar dari kesilapan sebelum ini misalnya ada penerima yang ada kemampuan tetapi tiba-tiba dapat bantuan rumah,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan kecil pertanian oleh Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di Permatang Pauh kelmarin.

Turut hadir Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang negeri, Rosli Hanar Mansor dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Pelet, Mohd. Hakimi Mohd. Arif.

Tambahnya, amanah yang dipegang oleh JKKKP itu perlu ditunaikan sebaiknya agar tidak dipersoalkan oleh masyarakat.

Dalam pada itu, sebanyak 19 petani sekitar kawasan ini menerima bantuan sebanyak RM5,260 setiap seorang membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM100,000 yang disalurkan MPPP.

Antara projek pertanian tersebut termasuklah ternakan ayam piru, lembu, rusa, puyu Siam dan ikan keli, tanaman tebu, pisang berangan dan limau kasturi serta memproses makanan sejuk beku, roti serta kuih tradisional.

Abdul Jalil yang juga Pengerusi MPPP Permatang Pauh turut mengingatkan penerima agar menggunakan peruntukan yang diberi untuk memajukan projek mereka dan sentiasa mencari peluang pasaran baru bagi meningkatkan taraf ekonomi.

“Kita galakkan peserta mencari projek-projek baru yang mampu berdaya saing serta memberi pulangan lumayan kepada mereka,” katanya.

“Pada masa sama MPPP akan memantau prestasi projek setiap peserta melalui borang pemantauan dan laporan prestasi setiap peserta,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s