Segar dari pantai Sekinchan

Posted: Mac 28, 2011 in Pelbagai
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto Muhamad Iqbal Rosli
 

MASAKAN kampung ringkas dan menyelerakan di Sekinchan Ikan Bakar.

 


RASANYA tidak keterlaluan andai dikatakan Restoran Sekinchan Ikan Bakar mula mencipta fenomena tersendiri di sekitar Lembah Kelang.

Masakan tidak, dalam masa setahun saja restoran itu kini sudah membuka cawangan ketujuhnya di Jalan Reko, Kajang.

Tidak terhenti di situ, beberapa cawangan lagi akan menyusul dalam waktu yang singkat dan menurut perancangan, ia juga bakal beroperasi di kawasan tumpuan ramai Danga Bay, Johor Bahru.

Kesempatan singgah ke cawangan kelima di Desa Tun Razak, Cheras baru-baru ini memberi peluang penulis merasai sendiri keistimewaan yang mula menjadi sebutan ramai itu.

Menurut Pengurus Cawangan, Che Maimun Che Mahmud, idea pembukaan restoran dicetuskan oleh pemiliknya sendiri, Datuk Jamal Md. Yunos berasal dari sebuah kampung di sana.

“Boleh dikatakan ia apresiasi kepada kehidupan zaman kecil beliau. Disebabkan tinggal berdekatan dengan laut, ikan bakar dan ulam kampung adalah hidangan harian,” katanya.

Sederhana tetapi unik, konsep suasana kampung yang melatari keseluruhan kedai mengimbas nostalgia. Lampu gasolin bergantungan dan foto-foto hidangan laut serta suasana perkampungan nelayan melatari setiap sudut. Janji Sekinchan Ikan Bakar; hidangan laut segar dibekalkan setiap hari dari pantai yang terletak dalam daerah Kuala Selangor itu.

Mengapa hanya ikan bakar? Jawab beliau, ia bertujuan mencipta satu jenama yang kukuh bagi hidangan jenis itu.

“Selepas ini, kalau orang nak makan ikan bakar atau makanan laut dibakar, mereka terus teringat Sekinchan Ikan Bakar,” jelas Che Maimun lagi.

Terdapat pilihan ikan segar seperti kembung, pari, sebelah, siakap, jenahak, bawal dan juga ikan sungai seperti tilapia merah dan keli. Tidak ketinggalan ketam, sotong, udang, lala dan kerang. Bahan segar itu dibakar dengan sos istimewa resipi keluarga Jamal dan ia dinikmati dengan sambal belacan, sambal kicap serta air asam. Ditambah dengan set ulaman segar dari kampung pasti membangkitkan selera.

Selain itu, sup ayam turut disediakan buat mereka yang ingin masakan berkuah. Dua jenis nasi; nasi putih atau nasi lemak digandingkan dengan lauk paru goreng bercili, rendang kerang dan ayam goreng berempah. Teguk pula air kelapa atau jus buah segar, pasti ia mengimbas nostalgia menikmati hidangan ala kampung.

Satu konsep yang menarik dan istimewa, tahniah buat pemilik dan seluruh tenaga kerjanya!

Komen-komen
  1. saya berasa cukup tidak puashati tentang harga makanan yang dikenakan pada saya hari ini 13hb Mei, saya bersama keluarga makan di sekincan ikan bakar danga bay johor, yang membuat saya tidak puashati tentang harga yang dikenakan, patut ke sekeping ikan pari bakar, sepiring sayur, sepiring kecil rendang kerang, 5 pinggan nasi putih dan dicampur 2 pinggan nasi tambah, kerana saya berlima, tentang minuman pula 2 gelas air suam, 2 gelas ice batu kosong, segelas air nescafe ice dan segelas tea o ice limau dengan jumlah yang dikenakan sebanyak RM89.30 … !!!!!!, FIKIRKAN MENASABAH KAH HARGA TERSEBUT ???????……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s