SMSM sekolah dalam taman

Posted: Mac 28, 2011 in Pelbagai
Oleh ARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my
 

Nor Assyikin Samsudin (kiri) bersama Marie Young Pik Hua (dua dari kiri) di hadapan sekolah yang dipenuhi bunga di SM. St. Michael Penampang semalam.

 


PENAMPANG 22 Mac – Sekolah Menengah St. Michael (SMSM) di sini, mempunyai keluasan yang terhad iaitu kira-kira 1.9 hektar, tetapi semua kawasannya dioptimumkan dengan landskap menarik.

Hampir seluruh kawasan sekolah dihiasi dengan tumbuhan hijau iaitu menerusi 12 taman dan sembilan plot sayur-sayuran dengan setiap satu daripadanya mempunyai tema dan konsep tersendiri dan diberi nama saintifik.

Semuanya diusahakan secara kolektif dan gotong-royong antara pelajar, guru dan kakitangan sokongan sekolah.

Keindahan landskapnya bukan sahaja membolehkannya memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan, tetapi turut menjadi penanda aras sekolah-sekolah dalam dan luar negara.

Antara yang selalu melawat sekolah berkenaan adalah pelajar dari beberapa buah sekolah di Jepun dan Korea Selatan.

Sekolah tersebut merupakan salah sebuah daripada 15 sekolah seluruh negara yang terpilih dalam pertandingan Anugerah Agro Remaja@Sekolah 2010 anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Institut Skill-Tech (IST) sebagai penaja utama.

Daripada jumlah itu, lapan sekolah telah melalui proses penghakiman dan hari ini ia dijalankan di SMSM bagi kategori landskap dan ternakan.

Menurut Pengetua Cemerlang SMSM, Marie Young Pik Hua, pertandingan itu telah merapatkan lagi hubungan antara pelajar, pihak sekolah dan ibu bapa.

“Saya kagum melihat sikap pelajar yang mempamerkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, kasih sayang, prihatin dan paling penting adalah kerjasama di antara mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu Pegawai Keusahawanan IST, Nor Assyikin Samsudin berkata, metodologi penghakiman terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pembentangan projek yang perlu dilakukan dalam bentuk multimedia, sesi soal jawab dan lawatan projek.

Selain kategori landskap, SMSM turut bertanding dalam kategori penternakan ikan keli yang amat relevan dengan sistem pengajaran dan pembelajaran melibatkan seluruh warga sekolah, termasuk kakitangan sokongan.

Institut Skill-Tech ialah institusi latihan kemahiran swasta yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang pertanian kepada sesiapa sahaja yang berminat dan kini sudah melahirkan hampir 500 usahawan remaja berusia 20 hingga 25 tahun di seluruh negara.

Ia juga merupakan perintis dalam mewujudkan kursus bioteknologi dan inap desa serta telah berjaya melatih graduan menjadi juruteknik makmal bioteknologi melalui persijilan SKM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s