Pulau Pinang diancam air beracun?

Posted: April 18, 2011 in Suntingan Berita

PULAU PINANG 12 April – Kesihatan ribuan penduduk di negeri ini dikhuatiri terjejas berikutan sumber air dari Sungai Muda dicemari sisa toksik yang dibuang oleh kilang-kilang di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah.

Turut terancam adalah penduduk empat buah kampung berhampiran kawasan perindustrian tersebut iaitu Kampung Permatang Berangan, Kampung Permatang Kedondong, Kampung Jawa dan Kampung Kilang Makau.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, beliau kesal kerana meskipun masalah tersebut berlarutan sejak lima tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Semasa tinjauan kami dapati saliran sepanjang satu kilometer yang menghubungkan Sungai Muda di kawasan itu dipenuhi sisa buangan menyebabkan udara di situ berbau busuk.

“CAP difahamkan oleh penduduk kampung berdekatan bahawa bahan tersebut dibuang ketika hujan oleh pengusaha kilang bagi mengelak tindakan mereka dikesan oleh orang ramai dan pihak berkuasa.

“CAP bimbang kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan penduduk kampung terbabit tetapi juga ribuan pengguna air di daerah Seberang Perai dan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum ini pelbagai jenis ikan seperti patin, puyu, keli dan sepat boleh didapati dalam saliran itu tetapi sekarang telah pupus menyebabkan penduduk kampung-kampung tersebut hilang sumber pendapatan.

Selain itu, tambah S.M. Mohamed, beratus hektar sawah padi yang menggunakan air tercemar berkenaan mungkin merosot hasil pengeluaran pada masa depan jika ancaman sisa toksik berlarutan.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Alam Sekitar Kedah dan Majlis Perbandaran Sungai Petani mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kilang yang melakukan kesalahan tersebut.

Komen-komen
  1. keli oh keli berkata:

    apa kata jom melawat blog khas ikan keli…jom kawan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s