Memasang pembesar suara penternakan walit

Posted: Mei 13, 2011 in Suntingan Berita

SIRI Inovasi Bersama Zull kali ini akan menceritakan tentang pembesar suara walit. Pembesar suara ada komponen yang paling penting dalam penternakan burung walit kerana pembesar suara berfungsi untuk mengeluarkan suara walit untuk memikat burung tersebut masuk ke rumah baru.

Pada mulanya Zull Design Autotronic (ZDA) akan berkongsi pengetahuan jenis-jenis pembesar suara.

Pembesar suara mempunyai pelbagai jenis dan ada yang digunakan untuk mengeluarkan bass, suara, kicauan dan lain-lain. Bass biasanya dipanggil wofer dan range yang panjang dipanggil twitter.

Twitter mempunyai dua jenis iaitu jika selombongnya pendek suaranya lebar dan jika selombongnya panjang suaranya jauh.

Dalam penternakan burung walit, kebiasaannya pembesar suara yang digunakan adalah jenis jenis twitter.

Jika kawasan penternakan tersebut mempunyai banyak bangunan, pembesar suara yang digalakkan adalah short range dan jika kawasan penternakan di kawasan lapang seperti sawah padi digalakkan menggunakan pembesar suara jenis long range.

Jika pemilihan pembesar suara kurang tepat maka akan menganggu kedatangan burung ke rumah tersebut.

Harus diingatkan juga dibelakang pembesar suara mempunyai dua terminal iaitu positif (+) dan negatif(-) , maka jangan sekali-kali tersalah pasang ketika pemasangan kerana jika penyambungan tersilap akan menganggu pengeluaran suara burung walit.

Ketika pemasangan pembesar suara tersebut tidak boleh ada penghalang dihadapan dalam jarak 20 kaki kerana ini akan mengakibatkan pantulan (echo). Jika ada pantulan suara ia akan terganggu dan ini boleh mengakibatkan ketidakaslian suara tersebut.

Pada pintu masuk harus dipasang minimum dua buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk ke dalam bangunan.

Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minimum 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.

Selain itu, satu set pembesar suara yang mengandungi dua unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walit masuk ke dalam rumah baru yang dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas.

Untuk mendapatkan suara yang terbaik hendaklah miliki DB Meter yang boleh didapati dipasaran dengan harga antara RM400 dan RM500.

DB Meter digunakan untuk mengukur kekuatan suara yang dikeluarkan dari pembesar suara. Selamat mencuba!

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh email kepada mail@zulldesign.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s