Peluang melihat aktiviti selepas menuai

Posted: Mei 13, 2011 in Suntingan Berita

Azhar Nasir, Khairul Mohd Amin, Farah Diana

PENDANG 27 April – Pengalaman menyertai dan menyaksikan keunikan aktiviti pesta sukan bendang di Kampung Senara di sini menjadi kenangan manis kepada lebih 500 pengunjung yang menghadirinya baru-baru ini.

Mereka bukan sahaja dapat berseronok tetapi memperoleh pengalaman berharga melihat keunikan aktiviti petani selepas musim menuai yang semakin jarang dapat disaksikan khususnya oleh generasi muda pada masa ini.

Seorang peserta tarik tali dalam bendang, Azhar Nasir, 18, berkata, apa yang dilalui semasa menyertai acara berkenaan merupakan satu pengalaman berharga dan akan menjadi satu kenangan indah dalam hidupnya.

Peserta yang berasal dari Bukit Chengal di sini itu berkata, dia cukup seronok apabila dapat bersama dengan rakan-rakan termasuk dari kampung berdekatan ‘bermain’ selut dalam bendang.

“Biasanya kalau turun ke sawah adalah untuk menanam padi, tetapi acara ini cukup berbeza apabila sawah yang dipenuhi selut digunakan untuk bersukan. Memang cukup meriah lebih-lebih lagi dapat merasainya sendiri,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada program berkenaan.

Peserta menangkap ikan menggunakan serkap buluh, Khairul Mohd. Amin, 14, berkata, dia cukup gembira apabila keluarga membenarkannya turun ke bendang untuk menyertai acara berkenaan.

Katanya, biarpun penat tetapi peluang menangkap ikan keli yang dilepaskan oleh penganjur ke dalam bendang amat mengujakan.

“Kalau program seperti ini diadakan lebih kerap, lagi elok. Saya tidak akan ketinggalan untuk menyertainya,” katanya yang berasal dari Kampung Lahar Tunjung.

Seorang pengunjung, Farah Diana Sudin, 25, pula berkata, acara yang disaksikan sepanjang pesta itu memang menghiburkan dan menjadi satu pengalaman unik yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Katanya, ia satu pendedahan berharga mengenai aktiviti nenek moyang mereka suatu ketika dulu kepada generasi muda sepertinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s