PPK Tanjung Puri sasar miskin sifar menjelang 2015

Posted: Mei 13, 2011 in Suntingan Berita

Ismail Mat (empat dari kanan) menyertai demonstrasi membuat karipap di tapak Karnival Kedai Peladang PPK Tanjung Puri di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 8 Mei – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Puri menyasarkan tiada seorang pun ahlinya hidup di bawah paras kemiskinan menjelang 2015 dengan sasaran purata pendapatan RM1,500 sebulan berbanding RM750 sekarang.

Pengerusinya, Ismail Mat berkata, walaupun ada kalangan mereka sudah boleh hidup mewah, namun masih terdapat 20 peratus daripada 2,400 peladang PPK Tanjung Puri berpendapatan kurang RM500 sebulan.

Justeru katanya, PPK Tanjung Puri akan menggiatkan lagi usaha memperkasakan ahlinya menerusi program yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Tambah beliau, antara usaha tersebut adalah menjalankan latihan industri bukan padi bagi memahirkan peladang dengan bidang lain yang boleh memberi sumber pendapatan tambahan.

“Hasil kerjasama dan latihan dengan KADA misalnya, seramai 50 ahli PPK sudah terbabit secara aktif dengan bidang pembuatan kuih dan makanan segera sehingga ada yang membuka cawangan di Kuala Lumpur.

“Selain itu, kita juga menyediakan kursus ternakan ikan keli dan ayam organik dan program berkala ini amat berkesan bagi melahirkan usahawan tani yang akhirnya boleh membantu rakan-rakan lain pula,” katanya ketika ditemui di tapak Karnival Kedai Peladang PPK Tanjung Puri di sini hari ini.

Menurut Ismail, peranan PPK Tanjung Puri tidak terhad kepada menguruskan aktiviti peladang tetapi ia juga mengenal pasti pasaran bagi produk yang dihasilkan.

“Contohnya, dua minggu lalu kami membuka tapak di Pasar Tani Mega Terminal Makanan Negara (Teman), Tunjong dengan berniaga ayam kampung organik yang diternak oleh ahli-ahli PPK dan sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan.

“Pada Sabtu lalu sahaja sebanyak 1,500 ekor ayam habis dijual dalam masa kurang dua jam,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s