Pembenihan Ikan Keli

Posted: Oktober 7, 2011 in Pelbagai

07 Oktober 2011

Kuala Kubu Bharu – Hampir 4 tahun saya mengkaji-mengkaji tentang pembenihan ikan keli ini, sekarang baru betul-betul 100 Peratus jadi benih ikan keli yang saya buat sudah menjadi kenyataan, Namun saya terpaksa akur ini kerana saya tidak mempunyai tempat Perternakan yang agak besar tidak seperti dulu lagi.

Saya mengalami kerugian yang besar dah pernah ditipu oleh rakan seperjuangan saya ketika itu namun berbekalkan semangat juang yang tinggi dan tak pernah kenal erti putus asa, pada hari ini saya bangun kembali dalam penternakan ikan keli bermula dari bawah dan  kini sudah membuahkan hasil yang memberangsangkan kembali, namun saya terpaksa akur kerana tidak dapat menampung permintaan terhadap pembelian benih ikan keli dari rakan-rakan semua.

Untuk membuat benih ikan keli secara Aruhan saya hanya dapat membuat dalam jumlah yang kecil iaitu 1:2 dengan lebih jelas 1 Induk jantan dan 2 ekor induk bertina ini kerana saya tidak mempunyai tempat yang agak luas tidak seperti dulu, jumlah benih yang  jadi tidak dapat menampung permintaan terhadap Benih Ikan Keli ini.lihat gambar di bawah ini :

Ini adalah rega ikan keli yang sudah berjaya saya lakukan pembenihan namun ia tidak lah banyak, tapi mustahil sekiranya saya mempunyai lebih dari 10,20, dan lebih..? saya kesal ini saya tidak mempunyai Tanah Sendiri masih lagi menyewakan tempat, namun saya tetap tidak putus asa sebalik nya saya tetap berjuang berjuang selagi umur panjang.

Dan ini pula Video dimana saya sudah mula menjual ikan keli matang saya sendiri, namun tidak lah banyak tapi yang pastinya disuatu hari nanti ianya kian berkembang dan banyak.Lihat video ini :

Ini hasil Pertama ikan keli saya jual setelah beratus kali mengkaji pembenihan ikan keli ini, sekarang baru benar-benar membuahkan hasil yang memberangsangkan. Dulu lagi banyak namun dimasa itu saya hanya membeli benih ikan keli dan tidak membuat pembenihan sendiri.

Gambar Kursus yang anda lihat diruang Kursus itu adalah Perniagaan kakak saya, suami nya adalah Tenaga pengajar dan juga merupakan Pengusaha Ikan Keli yang berjaya yang terbesar di Kuala Selangor saya hanyalah marketing dalam Bisnes mereka namun setelah kerjayaan demi kejayaan mereka kecapi namun akhirnya mereka mula berubah sikap tidak lagi mementing persahabatan sehingga kini, Manusia seperti ini pun ada, rasanya tak payah dah saya nak cerita hal diorg, tak sanggup saya untuk mengunyah daging keluarga sendiri apa yang penting kini saya mula bangkit kembali dalam perniagaan, manusia sanggup berbuat apa sahaja apabila Taraf Hidup mereka sudah berjaya ini sikap perlu kita buang selama lamanya.

Untuk pengetahuan semua saya menjalankan ternakan ikan keli berasaskan pengunaan Air Hujan dan Sumber Air Paip ini lah kenapa saya gagal dalam Pembenihan Ikan Keli. Kajian demi kajian saya lakukan dan kini saya berjaya juga menghasilkan Benih Ikan keli,ternyata semangat yang tak pernah erti putus asa saya selama ini sudah membuahkan hasil.

Namun agak memeranjatkan saya dalam banyak-banyak benih ikan keli yang saya lakukan terdapat 2 ekor anak ikan keli yang bewarna keemasan senang kata IKAN KELI BEWARNA EMAS, dan kini ikan keli itu sudah mencecah berat 12o Gram, apakah sebenarnya berlaku cuba lihat gambar dan video yang telah saya sediakan di bawah ini :

Gambar Ikan Keli Emas

Sekiranya anda muskil boleh datang tengok sendir ke kolam ikan saya di Kuala Kubu Bharu, memang menghairankan tak pernah saya lihat sebelum ini. Agaknya boleh ke saya buat pembenihan semulajadi untuk dibuat ikan keli perhiasan..?? Insyaallah…

Komen-komen
  1. Baru bisa tahu ada ikan keli warna emas. Ini keli sehat atau keli sakit? Soalnya kalau di Indonesia, keli yang berwarna kuning itu pertanda tidak sehat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s