Bawal goreng panas Alor Setar

Posted: Oktober 17, 2011 in Suntingan Berita

JAGA KUALITI… Pekerja di Restoran ‘Bawal Goreng Panas-Panas’ di Jalan Putra, Alor Setar, Kedah ini sentiasa memastikan ikan yang ditempah oleh pelanggan, dibakar dan dicampur rencah secukupnya bagi menjamin kualiti serta rasanya.

 

JIKA anda mencari juadah istimewa ketika berada di Alor Setar, Kedah, maka hidangan nasi berlauk ikan bawal goreng panas yang cicah air asam pastinya boleh menjadi menu pilihan anda.

Salah satu restoran yang menyajikan hidangan ringkas itu sebagai menu utama ialah di Restoran Bawal Goreng Panas-Panas di Jalan Putra yang diusahakan seorang peniaga,Amna Abu Bakar, 29.

Restorannya dibuka pada pukul 10 pagi hingga 3 petang. Dari pukul 7 malam hingga 1 pagi pula restoran ini bertukar nama menjadi ‘Ikan Bakar Perahu Besar’ yang mana hidangan ikan bakar bersama masakan Thai disediakan.

Menurut Amna, hidangan utama yang sering dicari pelanggan ialah ikan bawal goreng panas dan ikan keli goreng panas yang dicicah dengan air asam istimewa.

“Selain itu, kari ikan nyok-nyok yang merupakan resipi warisan keluarga kami juga menjadi kegemaran pelanggan di sini dan memang apabila mereka kali pertama mencubanya mereka akan datang semula ke restoran ini,” katanya kepada S2 di restorannya di sini baru-baru ini.

Kata Amna, hidangan lain ialah seperti ikan bakar, ayam bakar, ulam-ulaman, sambal belacan dan pelbagai lagi lauk-pauk yang dimasak sendiri olehnya.

“Harga di sini berpatutan. Hanya dengan RM7 pelanggan boleh menikmati nasi, ikan bawal serta air asam,” jelasnya.

Amna memberitahu, di restorannya, segelas air teh O ais dan air teh O panas dijual hanya 50 sen sahaja.

“Saya sengaja jual 50 sen segelas supaya pelanggan ingat restoran saya,” katanya.

Amna mengambil tempahan katering dan jamuan berbuka puasa sempena Ramadan. Bagi yang ingin menempah anda boleh menghubungi Amna di talian 012-5960054.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s