Ramli berjaya ternak keli

Posted: Oktober 17, 2011 in Suntingan Berita

 

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

 

Berkat kegigihan Ramli Diron kini boleh tersenyum kerana projek menternak ikan keli mula menampakkan hasil.

 

Kira-kira empat tahun lalu, Ramli Diron, 50, berbelah bagi untuk mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM60,000 bagi memulakan projek menternak ikan air tawar berdekatan rumahnya di Felda Ulu Belitong, Kluang, Johor.

Ramli yang merupakan seorang peneroka bimbang sekiranya projek itu tidak menjadi apatah lagi jika mengalami kerugian, ia sudah tentu satu tamparan hebat baginya.

Bagaimanapun, dia nekad untuk memulakan projek tersebut dan enggan menoleh ke belakang lagi kerana merasakan keputusan yang dibuatnya adalah betul.

Berkat kegigihan dan kesabarannya, Ramli kini boleh tersenyum bangga kerana tidak sampai setahun, projek menternak ikan itu mula menampakkan hasil.

“Saya bermula dengan membina dua buah kolam ikan pada 2008 dengan kira-kira 16,000 anak ikan tilapia yang dibeli sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan.

“Syukur, dalam masa tiga bulan, projek menternak ikan ini mula memberikan pulangan dan saya kini mempunyai empat kolam ikan yang semuanya berukuran 60 meter panjang dan 40 meter lebar,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kata Ramli, antara ikan yang diternaknya ialah tilapia, patin, jelawat, ubi, keli dan baung dengan harga yang ditawarkan lebih murah dari pasar-pasar biasa.

Menurutnya, ikan tilapia dijual dengan harga RM7.50 sekilogram(kg), patin (RM8.50/kg), jelawat (RM14/kg), ubi (RM80/kg), keli (RM6/kg) dan baung (RM11), bergantung kepada harga pasaran.

Bapa kepada tujuh anak itu berkata, projek berkenaan pada mulanya hanya sebagai pendapatan tambahan. Tetapi kini permintaan semakin meningkat dengan janaan keuntungan lebih RM2,000 sebulan bergantung kepada permintaan yang kadang-kadang melebihi kapasiti yang mampu dibekalkan.

Sekarang ini katanya, hasil ikannya dihantar ke kedai-kedai dan ditempah untuk majlis perkahwinan di Felda Ulu Belitong dan kawasan sekitarnya.

Berikutan itu, dia bercadang menambah bilangan kolam dalam masa terdekat dan hasilnya dihantar keluar dari Felda itu termasuk ke pasar raya besar.

Ramli yang kini mempunyai tiga pekerja juga bercadang menambah bilangan pekerja apabila kolam baru dibuka di kawasan lain tetapi masih dalam Felda itu.

“Saya kini bertambah yakin untuk meluaskan projek ini lebih-lebih lagi selepas mengikuti kursus perikanan,” katanya.

Perancangannya ialah untuk membina 10 buah kolam simen yang juga boleh menempatkan anak-anak ikan kerana kolam sedia ada bercampur antara anak ikan dan ikan dewasa.

Tambah Ramli, dia merancang untuk menjadi pembekal benih ikan selepas ini kerana permintaan dan potensinya yang tinggi selain tidak bimbang dengan persaingan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s