Renaissance Kota Bharu tawar ‘138 Rasa Ramadan’

Posted: Oktober 17, 2011 in Suntingan Berita

IZUDIN Merican (dua dari kiri) bersama chefnya di hadapan kambing panggang yang disajikan untuk berbuka berpuasa di Hotel Renaissance, Kota Bharu, semalam.

 

KOTA BHARU 4 Ogos – Sekiranya anda berhasrat untuk berbuka puasa dengan pelbagai menu ala kampung seperti kerabu di hotel bertaraf lima bintang, Hotel Renaissance di sini mungkin jawapannya.

Dengan tema ‘Selera Kampung’, hotel tersebut menyajikan pelbagai jenis kerabu seperti kerabu telur dengan bawang, kerabu udang, kerabu ayam, kerabu perut lembu muda, kerabu kacang kelisa dan ulam-ulaman.

Menurut Pengurus Besarnya, Izudin Merican, pihaknya turut menyediakan pelbagai menu tradisional lain seperti daging masak ala purba, ikan kukus dengan kari hijau, ayam panggang percik, ikan masak dua rasa, ayam bakar kelio, daging masak hitam manis dan singgang sotong Terengganu.

“Selain itu, terdapat enam jenis gulai kawah yang disediakan oleh Chef Othman untuk dicuba oleh pengunjung setiap hari. Ia merangkumi gulai kawah Kelantan, kari ikan dengan bendi, dalcha sayur, gulai ayam, kari kambing kentang dan ikan keli masak lemak,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, terdapat juga hidangan kambing bakar dan pelbagai jenis pembuka selera seperti kuih-muih, bubur, puding, buah-buah serta air krim untuk dicuba oleh pengunjung.

Katanya, pengunjung hanya perlu membayar RM65++ bagi dewasa dan RM32.30 ++ untuk kanak-kanak bagi menikmati kesemua hidangan itu yang tersedia di Palm Terrace Cafe di tingkat satu hotel berkenaan.

Izudin memberitahu, pihaknya turut menawarkan pakej set makan malam Ramadan pada harga RM599++ untuk 10 orang semeja di Restoran Dynasty di tingkat enam.

Orang ramai yang berminat mencuba menu istimewa tersebut boleh menghubungi Hotel Renaissance Kota Bharu di talian 09-746233 untuk tempatan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s