Projek Keli-K rugi hampir RM400,000

Posted: November 23, 2011 in Suntingan Berita

ALOR SETAR 18 Nov. – Projek ternakan ikan keli (Keli-K) yang dibangunkan oleh Kerajaan Pas Kedah di Sungai Pau, Sik dekat sini sejak dua tahun lalu menanggung kerugian akibat berdepan masalah pada peringkat awal pelaksanaan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan negeri, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, kerugian yang direkodkan dari tarikh mula projek pada 2 Disember 2009 hingga 31 Disember tahun lepas ialah RM397,423.

“Wujud beberapa masalah pada peringkat awal projek itu dijalankan seperti benih, sumber bekalan makanan ikan dan elektrik yang mahal,” katanya semasa menjawab soalan Mohd. Tajuddin Abdullah (BN-Belantek) pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Amiruddin berkata, projek berkenaan masih diteruskan dengan menternak sebanyak 150,000 ekor ikan keli pelbagai saiz.

Katanya, tindakan telah diambil bagi mengatasi masalah itu seperti mewujudkan kilang pemprosesan ikan keli di Sungai Petani, menukar penggunaan makanan ikan daripada pelet kepada ikan baja dan berurusan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk bekalan elektrik.

Justeru katanya, masalah kerugian tersebut dipercayai akan dapat diatasi menerusi pendekatan baru dan tindakan yang telah diambil.

Mengenai rasional anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah (Pmbked) iaitu Kedah Agro mengambil alih pengurusan projek berkenaan daripada sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran, beliau memberitahu, perkara yang dijanjikan oleh syarikat itu tidak seperti yang dijanjikan.

Komen-komen
  1. syah berkata:

    salam,,, pada pendapat saya,, kerugian bukan disebabkan oleh tiadanya pembeli.. tapi disebabkan oleh pekerja yang tidak bertanggungjawab.. saya telah cuba beberapa kali menghubungi pekerja kedah agro… tapi tiada jawapan… juga telah beberapa kali menghantar sms,, juga tiada jawapan,, pihak kami memerlukan bekalan ikan keli dalam kuantiti yang banyak,, sayang jika peluang yang ada tidak diambil.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s