Harga Ikan Keli Matang Tahun 2012

Posted: April 30, 2012 in benihkeli

30 April 2012 – Harga Pasaran Ikan Keli di sekitar tempat saya sudah mencecah sekitar Rm 8.50 sekilogram dan akan terus meningkat ini berikutan terhadap kurang bekalan ikan ini. sekiranya penyediaan, penjagaan dan cara ternak ikan ini dengan cara betul dan Halal pemberian makan nya tidak mustahil Pasaran Ikan keli akan terus meningkat.

Rasa dagingnya yang manis serta dan lembut-lembut setelah digoreng dan pemberian makanan yang betul membuat para penternak tersenyum lega.

Sebenarnya  perniagaan ikan keli ini memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada yang menternaknya. Dan perniagaan ini boleh bertahan sampai bila-bila serta boleh diwarisi kepada anak-anak kita disuatu masa kelak. Penternakkan ikan keli adalah sebuah perniagaan yang boleh dibawa turun temurun kepada keluarga asalkan berminat dalam dunia penternakan ikan.

Namun apakah yang menyebabkan berlaku kerugian dalam usaha ini adalah terdapat banyak faktornya :

1. Kurang ilmu dalam penternakan ikan keli.

– Ramai yang menjalankan usaha menternak ikan keli pada hari ini tidak mempunyai ilmu yang cukup, mereka terus menjalankan perniagaan ini tanpa mencari ilmu yang secukup, menjalankan ikan keli hanya dengan mendengar khabar angin dari mulut kemulut tanpa usul periksa.

2. Ada ilmu namun tidak ada cikgu sebagai tempat mengadu.

Apabila berlaku masalah dalam penternakan ikan keli, kita tidak tahu kepada siapa harus kita rujuk akan masalah yang kita hadapi, sedikit ilmu yang kita ada belum tentu lagi boleh menyelesaikan masalah ini. disaat ini kita rasa terkanannya takkala melihat beribu-beribu ikan mati tidak tahu apakah punca sebenarnya.

3. Zaman ini adalah zaman DUIT.

Ramai juga yang tertipu dalam perniagaan ini disebabkan ditipu, bukan anda sahaja saya sendiri pun kena tipu, ramai cikgu yang mengajar dalam Siri-siri kursus dianjurkan hanya mementingkan keuntungan kepada berapa ramaikan jumlah yang hadir kursus pada hari ini..?? itulah pertanyaan yang selalu bermain dalam fikiran penganjur. Bukan senang untuk mendapatkan cikgu kursus yang ikhlas mengajar untung Dunia & Akhirat pada zaman ini. Pada dasarnya anda hadir menghadiri  kursus asas penternakan ikan keli memang anda akan diajarkan cara asas pembenihan ikan keli namun ada ilmu yang sangat penting tidak di Highligth kan kepada anda. hanya 50% diberikan kepada anda yang lagi 50% anda kena carikan sendiri dimana disorokan. ini yang menyebabkan ada pengusaha yang tidak sabar dengan masalah yang dihadapi dan dialami terus bertindak menutupkan perniagaan ikan kelinya. untung kepada yang beriman dan penuh kesabaran. alhamdulillah…

4. Harga ikan dijual terlalu Murah Sangat…!!!

Ini lah satu lagi masalah besar kepada Pengusaha Ikan Keli   Orang Melayu kita. Ramai Pengusaha yang menjual hasil ternakan mereka dengan harga yang sangat murah dan tidak masuk akal iaitu sekitar Rm 3.50 sedangkan harga Palet Ikan sudah naik mendadak sekarang, gaji naik harga Palet ikan pun naik juga, inilah kehidupan kita. berbaloi kah usaha kita selama ini sebagai Penternak..?? kalau 5 tahun lepas harga ikan Rm 3.50 seperti ini boleh dikatakan cukup-cukup makan

namun pada hari ini tidak lagi. mungkin juga boleh diberikan makanan alternatif seperti perut ayam, ikan dan sebagainya namun semua pun berbayar. Harga ikan juga harus dititik beratkan  supaya para Penternak-penternak ikan keli boleh bertahan lama dalan industri ini. Tidak perlu lagi kita harus bersaing dengan penternak lain dengan menjual ikan dengan begitu murah harganya, ini umpama anda membakar perniagaan anda sendiri jadi “Tepuk Dada Tanya Selesa ” marilah selamatkan Perniagaan Ikan Keli kita. Biar sama-sama untung.

5. Kurang Mahir dalam Pembenihan Ikan keli.

Ramai juga penternak-penternak ikan keli pada hari ini masih kurang mahir dalam membuat Pembenihan Ikan keli dan masih lagi Membeli Benih, jujur dan terus terang saya katakan untuk jadi seorang Pengusaha Ikan yang akan kekal Lama serta berpontensi menjadi Penternak yang berjaya, kita harus mahir membenihkan ikan keli tak kiralah selain ikan keli. ini kerana saya berpendapat benih-benih ikan yang kita beli telah menelan belanja kos operasi kita dan sedikit sebanyak telah mengurangkan kos untung bersih kita.

Ada juga yang mengatakan membuat benih ikan keli adalah membuat satu kerja yang lambat untung tetapi bagi saya tidak sebab sekiranya anda mahir dalam pembenihan ikan keli, selain anda guna sendiri, anda juga boleh jual benih ikan ini dan dalam masa yang sama ilmu anda boleh diwarisi oleh anak-anak anda yang berminat dalam Perniagaan ini.

Komen-komen
  1. Efa berkata:

    betul ke harga RM8.50/kg? Mesti ramai yang nak supply ke kelantan..

  2. KELATE KITO berkata:

    tipu la harga keli kat kelantan rm8.50/kg..harga runcit skrg rm6/kg n hrga borong rm3.70/kg je..kalau betul hrga keli kt klantan rm8.50/kg khairul fahmi che mat xnk dh jd goal keeper msia..baik ternak keli la….cepat kaya…bereh guuuu………

    • benihkeli berkata:

      Harga ikan keli yang saya maksudkan sekitar Rm 8.50 sekilogram di pasara awam kuala kubu sekitar Rm 8.50 per/kg dan Hiper Market juga harga ikan keli sekitar Rm 8.00 sekilogram. saya tak cakap di kelantan, tolong baca betul-betul apa yang saya tuliskan saudara..namun masih ramai lagi penternak penternak ikan keli nak jual harga ikan keli mereka sekitar kepada pemborong sekitar Rm 3.50, biar ada untung baru perniagaan boleh bertahan lama.

  3. suriyani berkata:

    bagaimana saya nk cari pembeli ikan keli.. ayah saya seorg penternak ikan keli tp skrg pasaran tdk begitu luas lg.. ada ke sesiapa yg ingin membeli secara borong dgn harga yg berpatutan. jika ada emel sy riya_ani0655@yahoo.com

  4. khairul berkata:

    hrga keli di sktar negeri kelantn adalah 4.50/kg secar borong mankla 7.00/kg secara runcit..saya hrp kepada penternak jgnla terlalu menurunkan hrga lagi..ini bg membantu penternk bru dn kecil- kecilan boleh bertahan lama dalam perniagaan ini..sama2 lah kita saling membantu.tq

  5. noorazli berkata:

    saya menjual benih ikan keli d sepang,selangor.hubungi 0196386756 noorazli

  6. arin @ bad berkata:

    salam , saye nak taye kalau keli organik same ke harga ye?
    atau lagi mahal.? sape boleh jawap? saye baru nak belaja ternak keli ni. mane la tahu cik benihkeli boleh jadi cikgu saye.hehehe tolong sesame bangse tak sala kan. kalau boleh emal nomber fon cik benih keli
    emal saye : rin.shazreen@gmail.com harap cik sudi la jadi cikgu saye. mane la tahu boleh jadi usahawan mude. umur dah 20 tahu sempat ke tak la jadi usahawan mude. doa2 kan saye ye🙂

  7. anasmj berkata:

    pembekal anak benih ikan keli dan talapia kawasan sg.petani kedah

    2inci rm0.06
    3inci rm0.07
    4inci rm0.10
    hubungi sy 0195562744

  8. anasmj berkata:

    pembekal benih ikan keli dan talapia kwsn sg petani kedah…pmhantaran disedia kn..0195562744
    1inci rm 0.04
    2inci rm 0.06
    3inci rm 0.07 :-> :->

    pallet ikan keli dan talapia ada jual

  9. abdul aziz bin nasir berkata:

    Salam… saya ada menjual ikan keli pada saiz 10-15 ekor/kg dengan harga Rm2.70/kg.(Untuk penternak yang nak cepat besar)… Ikan diternak didalam kolam tanah…

    Kepada yang berminat bolehlah menghubungi saya:

    Aziz – 017-5837297
    email: azizakuaternak@yahoo.com
    Area: Malim Nawar,Perak
    Syarikat: Aziz Akua Ternak

  10. suzi berkata:

    salam smua. Saya mencari pembeli ikan keli dan belut dgn jumlah yg banyak bertan2. Sila hubungi sy di talian 0176449337

  11. suzi berkata:

    saya ingin mencari pembeli ikan keli dan belut dgn jumlah yg byk sepeti 1tan ke atas. Sila hubungi saya di 0176449337

  12. suzi berkata:

    mcmn nak hubungi.

  13. akmal berkata:

    salam…

    Sy ada membekal ikan keli..lokasi Bentong, Pahang, 40 min dari Pasar Borong Selayang…Harga 4.50kg (6-7ekor)…sila hubungi 010-400 5569 atau email akmal_adaa@yahoo.com.my….secepat yang mungkin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s