Kerajaan sedia modal ternak belut

Posted: Julai 3, 2012 in Suntingan Berita

KUALA TERENGGANU 10 Mei – Kerajaan negeri bersedia memperuntukkan modal permulaan kepada mana-mana individu yang berminat untuk menceburi bidang penternakan belut yang kini semakin mendapat permintaan ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris berkata, ia bagi mengalakkan lebih ramai penternak melibatkan diri dalam bidang itu sebagai alternatif sumber pendapatan sampingan mereka.

Selain itu, katanya, penternakan belut juga bakal memberi keuntungan yang besar ekoran bekalan ternakan itu di negeri ini amat terhad.

“Kebanyakan pengusaha restoran di negeri ini terpaksa membeli dan mendapatkan bekalan belut dari luar Terengganu, selain mendapatkannya dengan pencari belut liar menyebabkan bekalan sering terputus.

“Justeru, orang ramai diminta merebut peluang ini memandangkan hidangan belut semakin popular berikutan pengusaha restoran yang bijak mempelbagai menu daripada ternakan ini termasuk sup belut, belut goreng bercili dan laksa belut,” katanya selepas merasmikan Program Mega Kempen Makan Ikan Air Tawar di Tapak Pasar Tani, Padang Hiliran, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Asha’ari berkata, sehingga kini, pihaknya belum menerima sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang ingin mengusahakan penternakan belut.

“Buat masa ini kita hanya menerima permohonan mereka yang mahu menternak ikan patin, keli dan baung sahaja, belut belum ada lagi.

“Jika ada, kerajaan negeri sudi membantu dengan mengenakan beberapa syarat tertentu supaya mereka menceburinya dengan serius,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s