Ramai Rakyat Malaysia mahir dalam pembenihan ikan keli

Posted: Julai 4, 2012 in Pelbagai

04.07.2012 ( Rabu )- Kuala Kubu Bharu Tahniah…tahniah..tahniah…saya ucapkan kepada ramai rakyat malaysia yang kini dikatakan sudah mahir dalam pembenihan ikan keli dan berjaya menghasilkan jutaan benih ikan keli dalam jangka masa sebulan, segala penat lelah,usaha berterusan,kesabaran dan tidak berputus asa menjadi mereka akhirnya berjaya dalam menjalankan proses pembenihan ikan keli rata-rata ramai yang mengatakan amat sukar membiakkannya.

Bagi saya apa yang dikatakan sukar dalam pembenihan ikan itu adalah benar namun kenapa..? Sebab perlu ada ilmu yang mendalam dalam menghasilkan benih keli ini. sekiranya kita faham akan karenah pelik ikan keli ini maka masalah kita hadapi dapat diatasi dengan mudah.

Namun ramai juga pengusaha ikan keli yang berjaya dalam pembenihan ikan keli sukar berkongsi ilmu yang mereka ketahui dikongsi kepada orang ramai walaupun dibayar sekali pun. hanya segelintir pengusaha yang berjaya sahaja yang mahu berkongsi ilmu pembenihan ikan keli ini.

Mereka takut dan risau perniagaan ikan keli yang mereka jalankan bertahun tahun lamanya yang memakan modal besar akan ranap sekelip mata..kenapa ini terjadi..? Sebab bila sudah ramai yang mahir dalam pembenihan harga benih ikan keli dan benih maka harga pasaran benih dan ikan keli matang akan jatuh  jatuh kata mereka, bagi saya memang betul harga akan jatuh.

Pada 3 tahun lepas harga pasaran ikan keli matang memang jatuh mendadak sekitar Rm 1.70 sekilogram dimanakah silapnya ini, ramai yang sukar menjual hasil ternakan mereka. segala -galanya rugi sebab kos makanan mahal ikan namun ikan yang dijual dengan harga yang murah dan hasil pula tidak banyak..bagi penternak yang mempunyai hasil ikan yang banyak dan sudah lama menjalankan perniagaan keli boleh bertahan sebab benih ikan keli mereka usahakan sendiri, makanan ikan mereka buat sendiri, kolam besar, modal besar yang membolehkan mereka bertahan selama 10 tahun atau lebih.

Mereka dapat bertahan dalam perniagaan ikan keli kerana mereka mempunyai perniagaan lain iaitu mempunyai lebih perniagaan jadi walaupun perniagaan ikan keli jatuh mereka mampu tersenyum lagi sebab projek mereka yang kedua boleh cover perniagaan ikan keli untuk sepuloh tahun akan datang.

Jadi penternak-penternak kecil macam saya ini lah yang susah, biar saya berterus terang supaya semua penternak bakal-bakal penternak yang lain beringat dan berjaga-jaga dimasa-masa akan datang, ini sebagai perkongsian saya dipagi yang mulia ini semoga dapat diingati dan memberi pengajaran kepada kita.

Itu lah sebab nya saya menegaskan supaya jangan jual hasil ternakan kita dengan harga yang sangat murah, kita bertungkus lumus didalam kolam manakala orang lain goyang kaki dan duduk tersenyum didalam aircond menanti kuntungan besar disetiap waktu dari kita.

sekiranya perniagaan ika keli kita gagal jangan salahkan kepada sesiapa lagi, harap penternak-penternak ikan keli yang akan datang tidak melakukan kesilapan seperti ini lagi. kita sebagai penternak harus tegas dalam penjual hasil ternakan kita, ” u kata tak nak makan ikan keli dan beli ikan keli yang makan perut ayam tapi u beli makan ikan keli nak harga murah” apa cerita..?? kalau nak ikan keli yang makan palet maknanya harga ikan mahal sikit u belilah.. kita sebagai penternak semua orang susah kalau begini ini sebab perniagaan yang dijalankan tidak akan kekal lama. jadi penternak ikan keli yang mempunyai lebih dari satu perniagaan beruntung lah.

namun ada juga penternak si pembekal benih keli yang mengaut keuntungan besar setiap hari sebab memperolehi bekalan benih ikan keli dari negara jiran yang mana harga jauh lebih murah dari malaysia. Ramai juga yang beli benih dari mereka sebab nak untung cepat dan bekalan dapat dipenuhi setiap bulan dan dijual kepada peraih   ini lah yang dikatakan bisnes. jadi siapa cepat dialah untung.

Apa yang nak saya highlight kan disini ialah sekiranya ingin menjadi penternak ikan keli yang berdaya saing dan bertahan lama dalam industri ini yang penting ialah segala usahakan kita dalan perniagaan ikan keli kita lakukan sendiri seperti menjual hasil ternakan dengan sendiri, buat benih ikan sendiri ,buat palet ikan sendiri, segala-galanya kita lakukan sendiri tidak melibatkan orang tengah yang untung berlipat kali ganda besarnya bukan nak promot blog itu terpulang kepada pemikiran masing-masing, sebab selain saya ramai lagi diluar sana yang menjalan kan aktiviti perniagan sama  seperti menjalankan kursus dan menjual benih dan sebagainya yang sama apa  saya lakukan ini.

dalam perniagaan ikan keli yang kita jalankan harus kreatif dan inovasi dan berusaha mempelbagaikan prodak hiliran berasaskan ikan keli baru sesuatau perniagaan dapat bertahan lama dan memberi keuntungan yang sangat Lumayan kepada semua penternak dan berkongsi ilmu kepada kepada orang lain.

saya begitu kagum dengan rakyat negara jiran kita indonesia yang sudi berkongsi ilmu mengenai ikan keli ini, anda boleh lihat di laman sesawang Youtube begitu ramai yang berkongsi ilmu. jadi apa yang menjadikan kemuskilan kita segala-galanya ada di dalam internet hanya gerakkan sahaja tetikus anda. mohon maaf sekiranya ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan dan hati tuan/puan saya hanya berkongsi pandangan supaya apa yang saya luahkan dapat memberi pengajaran dan pelajaran kepada kita bagi memajukan lagi perniagaan ikan keli kita,bertahan lama dalam perniagaan ini sebab ” saya sayang perusahaan ikan keli” sekian terima kasih…

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s