Hidangan Minangkabau di Concorde Shah Alam

Posted: Ogos 5, 2012 in Suntingan Berita

SHAH ALAM 29 Julai – Mungkin sudah menjadi kebiasaan apabila muncul bulan Ramadan, masyarakat Islam lebih gemar memilih juadah tradisional Melayu meskipun kian banyak menu termasuk dari pelbagai negara disediakan oleh banyak restoran sepanjang bulan puasa.

Namun, bagi menampilkan sedikit kelainan, Hotel Concorde Shah Alam menawarkan pula pakej Bufet Ramadan dengan menyajikan juadah tradisional Minangkabau dari Padang, Indonesia.

Berkonsepkan ‘Salero Bundo’ atau bermaksud selera masakan bonda, menu yang sedia menanti pengunjung antaranya ialah hidangan rendang daging Pariaman, dendeng daging basah, sotong tusuk, sambal terung, ayam pop, keli goreng berlado, sambal rebung lala, ayam kalio, kupang sambal ala Minang dan sotong masak urap.

Tidak ketinggalan pelbagai juadah pembuka selera seperti kerabu nangka muda, kerabu ulam raja, kerabu jantung pisang, pecal dan keropok kulit lembu turut disajikan.

Aneka sajian unik seperti gulai urat kaki lembu, gulai perut lembu, dendeng peparu dan urat lembu masak cili hijau turut disediakan

Tidak cukup dengan hidangan utama, jangan lepaskan peluang untuk mencuba pencuci mulut seperti putu ayu, ongol-ongol, amang aluo, kolak pisang, gadoak batinta, serabi, lapeak sagan dan bakwan.

Biarpun keutamaan diberikan kepada masakan Padang, pihak hotel turut menyediakan menghidangkan juadah tradisional tempatan seperti tenggiri kari bendi, ketam bercili, rendang daging rusa, sambal sotong petai manis dan kari kepala ikan yang sangat menyelerakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s