Ikan kembung bakar berharga 50 sen

Posted: Ogos 5, 2012 in Suntingan Berita

Mohd. Shahidan Hamid bersama Nor Husna Jamal menunjukkan ikan kembung bakar yang berharga 50 sen seekor di Bazar Ramadan Arked Mara, Kuala Kedah, Alor Setar, kelmarin.

ALOR SETAR 26 Julai – Kebiasaannya seekor ikan kembung bakar yang dijual di bazar Ramadan mencecah RM3 seekor, namun di Bazar Ramadan Arked Mara, Kuala Kedah dekat sini, seekor ikan kembung yang siap dibakar dijual dengan harga hanya 50 sen.

Peniaga tersebut, Nor Husna Jamal, 30 berkata, dia dan suaminya, Mohd. Shahidan Hamid, 32, mengambil keputusan untuk menjual ikan kembung bakar dengan harga tersebut sepanjang berniaga di bulan puasa ini memandangkan mereka mendapat bekalan dengan harga murah daripada nelayan setiap hari.

Katanya, dia mula menjual ikan kembung bakar di bazar Ramadan tersebut dengan harga 50 sen pada tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

“Disebabkan itu kami mengambil keputusan untuk menjual ikan kembung bakar dengan harga yang sama seperti tahun lalu kerana tidak mahu pelanggan kami kecewa.

“Selain itu, kami juga dapat bersedekah kepada orang ramai. Usaha menjual ikan kembung bakar dengan harga 50 sen seekor ini akan diteruskan pada tahun akan datang,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Arked Mara di sini semalam.

Menurutnya, dia menjalankan perniagaan dari pukul 2 hingga 7 petang dan kira-kira 100 hingga 300 ekor ikan kembung bakar dapat dijual sehari.

“Selalunya pelanggan akan beli borong dan ada yang beli sehingga 20 ekor ikan kembung bakar seorang.

“Saya gembira apabila pelanggan datang dan puas hati dengan hasil belian mereka untuk berbuka puasa,” katanya.

Selain ikan kembung bakar, dia juga menjual pelbagai jenis ikan bakar lain seperti pari, siakap, keli dan lain-lain dengan harga berpatutan.

“Setiap hari keuntungan yang kami perolehi berbaloi dengan penat kami berniaga walaupun harga ikan bakar yang kami jual jauh lebih murah daripada peniaga lain,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s