UMK, NATC anjur kursus ternakan ikan air tawar

Posted: November 13, 2012 in Suntingan Berita

JELI 25 Sept. – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli dengan kerjasama Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganjurkan Kursus Ternakan Ikan Air Tawar di kampus universiti itu di sini, baru-baru ini.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari tersebut disertai kira-kira 50 peserta antaranya di kalangan pengusaha ternakan ikan kolam secara kecil-kecilan, kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan Stong, pelatih Pusat Rawatan dan Prihatin (CCRC) Jeli, golongan belia dari Gua Musang, Kuala Krai dan Perak.

Koordinator kursus tersebut, Dr. Kassim Buhiran berkata, industri ternakan ikan air tawar semakin berkembang berikutan permintaan pasaran yang tinggi dan boleh mendatangkan pulangan lumayan kepada mereka yang berani menyahut cabaran menceburi bidang tersebut.

“Ternakan ikan air tawar seperti ikan tilapia dan ikan keli dapat membekalkan makanan terutamanya sumber protein kepada manusia memandangkan sumber bekalan ikan dari laut kini semakin merosot,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Felo Kanan Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) UMK Kampus Jeli memberitahu, penternak ikan air tawar harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan dan kemahiran yang mantap jika mahu berjaya dalam perusahaan itu.

“Justeru, kami menganjurkan kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran penternak atau pengusaha ikan air tawar dengan kaedah dan amalan akuakultur yang baik, moden serta mapan selain memperkenalkan potensi dan cabaran dalam industri akuakultur kepada mereka,” jelasnya.

“Kursus Ternakan Ikan Air Tawar ini juga menjadi salah satu platform kepada pihak universiti untuk berkongsi atau memindahkan ilmu pengetahuan dan kepakaran yang ada pada kami terutama dalam bidang akuakultur kepada komuniti serta industri,” jelasnya.

Beliau menambah, antara pengisian kursus itu adalah pengenalan kepada industri akuakultur dan potensinya, teknologi terkini dalam ternakan ikan air tawar iaitu ikan tilapia monoseks dan puyu hibrid, rawatan serta pengurusan penyakit ikan.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Program NATC, Abd. Rahman Marto berkata, pihaknya bekerjasama dengan UMK Kampus Jeli menganjurkan kursus tersebut kerana universiti itu mempunyai tenaga akademik berpengalaman dan pakar dalam bidang akuakultur.

Menurutnya, ramai pengusaha atau penternak ikan air tawar didapati masih belum mengetahui selok-belok pembenihan dan pengurusan anak ikan secara sistematik sehingga menghadapi masalah benih ikan tidak menjadi dan banyak anak ikan yang mati.

“Kami berharap kursus tersebut bukan sahaja dapat menambah ilmu dan kemahiran para peserta malah mendorong mereka menerokai potensi serta peluang perniagaan dalam bidang akuakultur dengan lebih meluas dan mengusahkannya secara komersial,” kata beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20120926/wt_05/UMK,-NATC-anjur-kursus-ternakan-ikan-air-tawar#ixzz2C4Lwq16I
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s