Hadiah RM66,000 menanti pemancing

Posted: April 2, 2013 in Suntingan Berita

KHAIRI Abdullah (duduk, kanan) menunjukkan sebahagian ikan yang dilepaskan sempena pertandingan memancing di kolam Taman Tasik Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 9 Mac – Hadiah keseluruhan RM66,000 menanti peserta pertandingan memancing Keluarga Jorania edisi pertama di Taman Tasik Bandar Indera Mahkota di sini pada 17 Mac ini.

Ketua Program Jorania, Khairi Abdullah berkata, juara pertandingan tersebut bakal membawa pulang hadiah RM20,000 manakala tempat kedua RM6,000 dan ketiga RM3,500.

“Selain itu, kita turut menawarkan hadiah dari tempat keempat hingga ke-80 serta cabutan istimewa kepada enam peserta bertuah,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis pelepasan 1,000 kilogram ikan yang terdiri daripada patin, keli dan rohu di tasik tersebut di sini hari ini.

Khairi berkata, mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan boleh menghubungi pihak penganjur melalui 010-988 0288, 010-929 9389, 017-630 5650 atau 011-1295 7199 bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung pendaftaran penyertaan.

“Peserta yang mendaftar sebelum 10 Mac dikenakan yuran RM60 dan diskaun RM10 bagi joran kedua, manakala pendaftaran pada 11 hingga 17 Mac (RM70).

“Kita juga membuka kaunter pendaftaran di Medan Selera Jungle Kuantan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing dan peserta yang mendaftar awal diberikan baju T,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s