Mengail di batas erat hubungan

Posted: April 2, 2013 in Suntingan Berita

Oleh ABD. RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my

SEBAHAGIAN peserta dan jawatankuasa penganjur program Jom Mengail Batas Ban di Kampung Kuala Sedim, Karangan Kulim, Kedah baru-baru ini.

KULIM 20 Feb. – Program Jom Mengail Batas Ban yang disertai hampir 200 penduduk di Kampung Kuala Sedim, Karangan Jalan Kulim-Baling di sini berlangsung meriah baru-baru ini.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) Kuala Sedim mukim Sidam Kanan itu turut disertai penduduk Kampung Sungai Karangan, Bukit Karangan, Paya Union, Lesong Tujuh dan Paya Jemerli.

Pengerusi JKKKP Kampung Kuala Sedim, Md. Isa Hashim, 50, berkata, acara yang disusun mulai pukul 9 pagi hingga tengah hari itu berjalan lancar dan berjaya mengeratkan hubungan antara penduduk tempatan.

“Semua peserta gembira dengan aktiviti ini dan mereka berharap ia diadakan lagi pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Komuniti 1Malaysia Ladang Padang Meha, Jabatan Penerangan daerah Kulim turut memberi kerjasama bagi memeriahkan acara tersebut.

Katanya, acara mengai ikan keli dan patin itu bermula kira-kira pukul 9 pagi dengan menawarkan 54 hadiah menarik untuk pemenang.

Sebanyak 100 kilogram (kg) ikan keli dan 20 kg ikan patin dilepaskan sebelum peserta dibenar memancing ikan-ikan itu.

Pelajar, Mohd. Hakimi Firdaus Osman, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas berkata, dia meraih hadiah RM25 setelah mendapat dua ekor ikan keli dalam acara terpantas memancing ikan di situ.

“Jika program begini boleh diadakan selalu, ia pasti menceriakan penduduk tempatan, termasuk murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan sekitar,” katanya.

Peserta wanita, Norlia Mokhtar, 40, dari Taman Kenangan berkata, dia gembira kerana hanya dalam masa sejam berjaya menaikkan seekor ikan patin menggunakan umpan cacing.

“Walaupun hasrat mendapat ikan patin seberat tiga kilogram tidak berjaya tetapi saya puas hati kerana hanya saya seorang sahaja yang mendapat ikan patin,” katanya.

Seorang suri rumah, Rohani Abu Bakar, 40, dari Merbau Pulas berkata, dia sering memancing ikan puyu sahaja dalam parit berhampiran rumahnya.

“Tetapi dalam masa tiga jam mengail di sini, baru dapat seekor ikan keli tetapi saya seronok kerana ada peserta lain tidak dapat seekor pun ikan itu,” katanya.

Dalam program itu, Pengerusi Alumni Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah, Ku Rashidi Ku Mat Isa turut menyediakan 12 hadiah berupa wang tunai kepada mereka yang pantas mendapat ikan keli dan patin.

Seorang guru, Roslan Ahmad dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karangan yang menjadi salah seorang urus setia berkata, hadiah seperti basikal, barangan elektrik dan hamper turut disediakan kepada pemenang dan disampaikan Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr. Chin Tung Leong dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas, Halim Hasan.

Komen-komen
  1. Ayunina berkata:

    Hello we are now back with new keli and tilapia stock!!! We are gladly to give more extra keli n tilapia fry if you make a purchase of 1000tails and above. Please contact me ASAP to make an order.

  2. Ayunina berkata:

    Hello we are now back with new keli and tilapia stock!!! We are gladly to give more extra keli n tilapia fry if you make a purchase of 1000tails and above. Please contact me ASAP to make an order.
    WHATSAPP 0189669744

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s