Penternak ikan air tawar diseru tingkat pengeluaran

Posted: April 2, 2013 in Suntingan Berita

TANAH MERAH 15 Feb. – Kelantan mengalami kekurangan bekalan ikan air tawar berikutan kekurangan benih ikan, di samping harga makanan ikan yang sentiasa meningkat.

Pengarah Perikanan negeri, Datuk Mohamad Mat Seman berkata, berbanding bekalan ikan laut berada pada tahap stabil iaitu sebanyak 80,000 tan setahun, sebaliknya bekalan ikan air tawar hanya sekitar 3,000 hingga 4,000 tan setahun.

Katanya, tidak dinafikan bahawa ikan air tawar kurang mendapat sambutan di negeri ini tetapi berikutan penerangan dan promosi yang dilaksanakan kerajaan, ikan jenis tersebut semakin mendapat sambutan.

Malah katanya, semakin banyak restoran termasuk di kawasan pantai dan pedalaman di negeri ini yang menyediakan hidangan ikan tawar bagi memenuhi permintaan pelanggan mereka.

“Justeru penternak ikan air tawar di negeri ini perlu merebut peluang menternak ikan berkenaan bagi memenuhi pasaran dalam dan luar Kelantan,” katanya berucap dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ikan Air Tawar Negeri Kelantan (PIKAT) di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanah Merah di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Jajahan Tanah Merah, Zamri ismail. Yang turut hadir, Pengerusi PIKAT, Maimun Awang dan Timbalannya, Aziz Rashid.

Menurut Mohamad, penternak ikan air tawar perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai maklumat mengenai industri berkenaan termasuk dalam aspek memproses benih ikan.

“Semua jenis ikan air tawar antaranya, keli, tilapia merah, tilapia hitam, jelawat, patin menjadi kegemaran ramai dan boleh diternak dengan banyaknya.

“Tambahan pula, harga pasaran ikan tersebut juga amat baik, seperti keli, kini berharga RM5 sekilogram berbanding harga borong sekitar RM3 sekilogram,” katanya.

Komen-komen
  1. Mohd Hafizi berkata:

    kami ada membekalkan ikan air tawar dan ikan laut yang fresh antara ikan air tawar yang kami ada adalah
    ikan lampam
    ikan jelawat
    ikan baung
    ikan siakap
    ikan rohu
    ikan talapia merah/hitam
    harga kita boleh bincang dan pastinya kami akan bagi harga yang istimewa
    kalau berminat boleh cll sy/msg (0147349491)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s