Lukah sesuai semua spesies ikan

Posted: Mei 15, 2013 in Suntingan Berita

SEGAMAT 27 Feb. – Ramai yang tidak tahu lukah boleh digunakan untuk menangkap semua jenis ikan sungai terutamanya di dasar sungai berarus sederhana dan dibiarkan semalaman atau lebih sebelum diangkat.

Selalunya mulut lukah atau bahagian yang dipasang injap akan dihalakan ke arah hilir sungai kerana ikan selalunya akan menongkah arus dan memasuki lukah dan terperangkap.

Seorang nelayan sungai di Kampung Chodan, Pogoh, Hamdan Abd. Rahman, 51, berkata, lukah merupakan alat utama yang digunakan untuk menangkap ikan walaupun dia turut memasang rawai, tajur dan tapuk.

Dia mengakui lukah adalah alat yang paling mudah dan memberi pulangan yang baik apabila lukahnya pernah dimasuki hampir 80 kilogram ikan baung yang dijual dengan harga RM22 sekilogram (kg).

“Saya pasang 10 lukah pelbagai saiz di Sungai Chodan dan akan mengangkatnya setiap pagi bagi mengutip ikan yang terperangkap sebelum menjual kepada peraih yang sedia menunggu di pangkalan.

“Baung merupakan spesies yang paling banyak terperangkap di dalam lukah berbanding yang lain seperti lampam, tengalan, keli dan petutu yang banyak terdapat di sungai ini,” katanya yang lebih 20 tahun menjadi nelayan sungai.

Dia membuat semua lukahnya sendiri dan tidak pernah membeli daripada orang lain dan ilmu membuat lukah diperturunkan arwah bapanya yang juga seorang nelayan sungai.

Lukah yang dipasang Hamdan adalah pelbagai saiz bergantung pada spesies ikan yang mahu ditangkap seperti tapah yang boleh mencecah berat sehingga 50 kg.

“Selalunya lukah untuk menangkap ikan tapah memerlukan buatan yang kukuh kerana spesies ikan itu ganas dan kuat serta mampu memecahkan lukah jika bahan yang digunakan tidak kukuh serta pembuatan yang tidak kemas,” katanya.

Hamdan memberitahu, sebuah lukah tapah mempunyai ukur lilit sehingga tiga meter dan panjang hampir empat meter serta memakan masa kira-kira sebulan untuk disiapkan.

“Lukah tapah selalunya hanya dipasang pada November hingga Februari kerana waktu tersebut musim tengkujuh atau banjir dan ikan tapah agak aktif.

“Jika bernasib baik, lukah yang dipasang akan dimasuki sehingga dua atau tiga ekor tapah dalam satu-satu masa dan adakalanya mencecah berat 40 kg seekor dan boleh dijual dengan harga RM50 setiap kg,” katanya.

Namun katanya, jumlah tangkapan kini semakin berkurangan kerana banyak aktiviti seperti pembangunan di hulu sungai dan kegiatan meracun oleh pihak tidak bertanggungjawab menyumbang kepada kepupusan ikan berbanding 20 tahun lalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s