Rimbunan Kasih diperluas

Posted: Jun 28, 2013 in keli

KUALA LIPIS 23 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memperluaskan program Rimbunan Kasih dalam mengubah kehidupan masyarakat di luar bandar sejajar dengan konsep pembangunan terbaharu alaf ke-21.

Perdana Menteri berkata, pembangunan yang akan dilaksanakan itu mahu melihat kehidupan masyarakat terlibat menikmati kemudahan yang turut dirasai di bandar.

“Pemilihan Kampung Tanjung Besar di sini dalam program Rimbunan Kasih merupakan salah satu perintis pemodenan transformasi luar bandar dengan membawa kebaikan kepada masyarakat di situ.

“Program ini sebagai role model atau projek teristimewa yang boleh dijadikan contoh kepada konsep pembangunan luar bandar alaf ke-21 sebelum diperluaskan ke seluruh negara,” katanya ketika berucap merasmikan program Rimbunan Kasih di Kampung Tanjung Besar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Syukri Mohd. Salleh.

Projek bernilai RM37 juta itu mula dibangunkan pada April tahun lalu di kawasan seluas 14 hektar dan siap enam bulan kemudian dengan menempatkan 71 peserta terdiri daripada golongan miskin di daerah ini.

Antara projek pertanian dilaksanakan ialah tanaman golden melon, halia dan herba menggunakan teknologi autopot.

Bagi akuakultur pula, pembiakan ikan secara akuaponik seperti talapia merah, keli dan jade perch iaitu spesies ikan yang tinggi kandungan Omega 3 dari Australia serta penternakan ayam akan dijalankan.

Najib berkata, kejayaan program itu adalah hasil perkongsian pintar antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan syarikat swasta dalam merealisasikan pemodenan di luar bandar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s