Archive for the ‘keli organik’ Category

Terima kasih kerana meluangkan masa melihat Laman Blog ini… kepada penternak keli yang ingin membeli induk keli sila hubungi kami.

senarai cuba lihat di dalam Laman Blog ini. sekiranya anda ingin harga yang lagi murah sila datang sendiri ke tapak projek kami di kuala selangor.

Kami induk keli untuk dijual kepada penternak keli mahu pun penternak lintah yang memberi makan lintah mereka menggunakan ikan keli. Anda boleh pilih samaada keli jantan atau keli betina, ada juga induk – induk yang sedia di buat pembenihan, sila hubungi saya melalui Laman Blog ini.

Kami juga ada menyediakan kursus kepada penternak-penternak baru, kami ada kursus personal yang boleh dihadiri seramai 5 orang sahaja, hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, sekiranya anda ingin menghadiri kursus keli kami sila hubungi kami terlebih dahulu bagi memudahkan kami menyediakan keli yang akan di buat pembenihan.

kursus keli ini ada dua bab, yang pertama kursus ternak keli dan yang kedua kursus pembenihan ikan keli.

Kami akan ajar anda secara teori dan praktikal sekali. kursus yang kami adakan hanya untuk sehari sahaja. Kami juga menyediakan makanan tengah hari untuk anda dan juga besertakan sijil sekali.

Kami juga mencari pembeli ikan keli kami, insyaallah kami boleh bekalkan anda sehingga 1 ton seminggu sekiranya anda bersetuju.

bantu penternak keli

Posted: Januari 11, 2009 in keli organik

-Cage bantu penternak keli

ORANG ramai tertarik melihat sistem tangki i-Cage yang dipamerkan pada Ekspo Industri Desa Malaysia dan Pameran Mesin Industri Kecil Sederhana (IKS) Antarabangsa di Tebingan Kuching, baru-baru ini.
– Gambar AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


KUCHING 2 Jan. – Pengunjung yang melawat Ekspo Industri Desa Malaysia dan Pameran Mesin Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Antarabangsa di Tebingan Kuching baru-baru ini hairan apabila mendapati banyak tangki biru diletakkan pada penjuru pameran di situ.

Mereka tertanya-tanya, mengapa tangki-tangki itu diletakkan di situ dan apakah fungsi sebenar tangki-tangki itu yang dihubungkan dengan saluran paip dan penapis.

Apabila diselidik, barulah mereka sedar bahawa sistem itu merupakan teknologi terbaru dalam ternakan ikan keli keluaran Rotocraft Technologies (M) Sdn. Bhd., (RTSB) yang menawarkan pakej jenama i-Cage.

i-Cage merupakan tangki air yang diperbuat daripada polietilena yang mampu mengitar semula air menggunakan sistem yang dipanggil Recirculation Aqua System (RAS) bagi tujuan penternakan ikan air tawar seperti keli.

Menurut Pengarah Besar RTSB, Azman Ahmad berkata, i-Cage atau tangki kitar semula diperkenalkan kepada masyarakat yang semakin meminati industri menternak ikan air tawar yang berpotensi membawa pulangan lumayan kepada mereka.

Katanya, tangki kitar semula kini antara yang popular selain penggunaan kanvas bagi menyaingi kaedah sedia ada iaitu ternakan dalam tangki konkrit atau kolam tanah.

Menurutnya, penggunaan i-Cage merupakan penjimatan kepada penternak ikan air tawar seperti keli kerana setiap tangki mampu memuatkan sebanyak 4,000 ekor ikan keli pada satu-satu masa berdasarkan saiz tangki.

”Selain menjimatkan kos air penternak, i-Cage juga mampu menjamin kelangsungan hidup benih keli yang boleh diasingkan dengan ikan biasa serta menghindarkan ikan tersebut daripada penyakit,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Azman berkata, RTSB menawarkan dua jenis tangki iaitu bersaiz diameter tujuh kaki yang digunakan dalam pakej tersebut manakala tangki yang lebih kecil berukuran empat kaki kali enam kaki kali dua kaki enam inci.

Katanya, i-Cage menawarkan tiga pakej iaitu tiga tangki pada harga RM9,000, enam tangki (RM15,000) dan 10 tangki (RM25,000).

”Selain 12 tangki, pakej tersebut mengandungi sistem paip, sistem penapisan, tempat saluran menuai dan juga sistem pam untuk air masuk dan keluar.

”Mereka yang berminat mendapatkan pakej tersebut bagaimanapun digalakkan menghadiri bengkel kaedah penternakan dan juga aspek lain termasuk bekalan benih ikan keli,” katanya.

Azman memberitahu, pakej tersebut jika berjaya, mampu mengeluarkan hasil 800 kilogram setiap tangki dengan ikan keli seberat 250 gram seekor dalam tempoh tiga bulan.

Sehubungan itu, pihaknya mengajak penduduk di negeri ini yang mempunyai minat menternak ikan keli supaya menghubungi RTSB di talian 03-78452415 atau layari laman web http://www.icage.com.my.