Ruang Belajar Ternak Ikan Keli Online

Assalamualaikum…..salam hormat buat pengunjung blog…

Salam tahun baru buat semua…ini adalah ruang pembelajaran secara online yang saya sediakan buat rakan2 yang ingin bertanyakan akan hal penternakan ikan keli yang mana saya jalankan sendiri sekitar 6 tahun sehingga ke hari ini.

Sekiranya tuan/puan ingin bertanyakan soalan amat saya alu-alukan disini dan mohon maaf juga sekiranya saya lewat membalaskan soalan dari tuan/puan, walau macam mana sekali pun saya akan tetap jawab soalan tuan/puan sekiranya saya tahu akan soalan tersebut sebab saya juga masih belajar dalam dunia penternakan ikan keli ini.

Komen-komen
  1. norman berkata:

    nak belajar cara pembenihan ikan keli. boleh tolong ajar?

  2. Man berkata:

    Nak tahu ciri-ciri pemilihan keli jantan dan betina dan carai2 buat pembenihan

  3. haii….salam sejahtera…sya berminat untuk memelihara ikan keli, kiranya pihak tuan dapat memberi tunjuk ajar, cara utk memelihara ikan keli secara online…..terimah kasih.

  4. aizat berkata:

    ish…..

  5. mohamad bin hashim berkata:

    Assalamualaiku,saya ada menternak ikan keli dalam kanvas,nak tahu kenapa bila musim hujan banyak anak ikan keli mati?

  6. man berkata:

    Assalamualaikum

    dimana saya boleh mendapatkan induk keli di bahagian kedah or perlis

    boleh saya tahu mengenai perbelanjaan untuk pembenihan ikan keli..kos…dan alatan yang diperlukan..

    • benihkeli berkata:

      wsalam….Induk Keli di kedah saya tidak berapa pasti dimana ada jual….kalau encik nak tahu pasal pembenihan ikan encik harus menghadiri kursus dahulu atau google di laman web rakan 2 yang lain…sebab benda encik kena belajar ini kerana saya jarang Online,kadang-kadang email-email dari pelawat-pelwat sudah pasti lewat saya balas…

  7. nabilah berkata:

    Asalamualaikum…

    saya sgt berminat untk menternak ikan keli, tp saya kurang arif…
    saya memohon untuk memberi saya tunjuk ajar supaya
    saya tahu tentang cara2 menternak dan memasarkannye…
    Dimana boleh saya dapatkan benih ikan keli..saya di Alor gajah melaka.

    • benihkeli berkata:

      wsalam….nabilah, sekiranya berminat dan ingin menternak ikan keli saya supaya cik nabilah menghadiri Kursus Ternakan Ikan keli terlebih dahulu sebelum menternak ilmu amat penting dalam penternakan ikan keli, bagi memasarkannya pula cik boleh pergi ke pasar -pasar berdekatan dan restoran-restoran tempat cik,pasti mereka akan membelinya….sekian terima kasih….

  8. shahdan berkata:

    salam,TERNAKAN BARU AIR TAWAR.kos makanan rendah,cepat membiak,pasaran tinggi.UDANG KARA (LOBSTER) BLUE CHERAX AIR TAWAR.kami ada INDUK lobster utk dibiakkan.berminat utk menternak hubungi 0177497853 utk info lanjut.tk

  9. Azman Ramli berkata:

    As Salam, sekadar nak tanya macamana nak kenal ikan keli jantan/betina..

    • benihkeli berkata:

      wsalam ramly kalau ikan keli Jantan kita boleh kenal pasti di di bawah abdomen nya iaitu di bahagian Anus atau papila nya berbentuk tirus dan induk Betina berbentuk Bulat

  10. nurul berkata:

    apakah punca2 ikan keli terbantut pembesaran nya…dah berbulan bulan lamanya ikan keli ttp sama saiznya..

    • benihkeli berkata:

      punca ikan keli lambat besar disebabkan :

      1. Makanan tidak cukup untuk memberi protien kepada ikan keli anda.
      2. Mungkin sebab juga air dalam kolam anda bersih sangat.
      3. Mungkin kepadatan faktor lambat besar kerana ruang terhad.
      4. Mungkin juga anak benih tapisan ke-3 anda belikan.
      5.kurang pengeradan juga salah satu sebab.

  11. eng bun berkata:

    helo saya berminat dalam bidang penternakan ikan keli ini tapi bagaimna kah cara nya….untuk saya memulakannya.

    • benihkeli berkata:

      saya cadangkan encik menghadiri mana-mana kursus ikan keli yg diadakan ini kerana penternakan ikan keli memerlukan ilmu yang tinggi untuk menentukan kerjayaan perniagaan anda, kurang ilmu dalam penternakan ikan keli akan menyebabkan sebuah perniagaan itu tidak dapat berkembang lama,harap maklum…

  12. farid berkata:

    salamak saya br mula dalam perternakan boleh tak bg saya tips nak bagi ikan keli saya lebih besar dan sihat,,dan boleh x bg saya mcm mana nak buat kolam ikan keli yang lebuh baik dari pakai kanvas

    • benihkeli berkata:

      untuk nak bagi ikan cepat membesar pastikan kandungan protien makanan ikan biar tinggi,tidak kira kolam jenis apa encik gunakan asa;kan protien permakanan ikan tinggi…

  13. CIkgu KHB berkata:

    saya nak tanya. saya berminat untuk membuat projek menternak ikan keli di sekolah. tetapi sekolah saya ni ruang dia sempit. ada cadangan tak macam mana nak menternak ikan keli dalam kawasan sekolah. apa yg encik boleh nasihatkan.

    • benihkeli berkata:

      Encik boleh juga ternak guna politank dan menternak dalam kuantiti sederhana sahaja.

      • ridzwan berkata:

        Encik benihkeli ada jual set kanvas ternakan ikan atau polytank tak? di mana yer nak cari kalau area rawang dan hulu selangor? terima kasih.

  14. wais berkata:

    as salam encik kaedah penternakan keli kanvas atau kolam tanah kadar pembesaran ikan berbeza ke?

    • benihkeli berkata:

      wsalam….ya memang berbeza sekali…yang terbaik adalah kolam tanah lah…kalau kanvas air cepat kotor dan boleh memudaratkan ikan..

  15. anasmj berkata:

    pembekal benih ikan keli dan talapia kwsn sg petani kedah…pmhantaran disedia kn..0195562744
    1inci rm 0.04
    2inci rm 0.06
    3inci rm 0.07 :-> :->

    pallet ikan keli dan talapia ada jual

  16. khairul anasmj berkata:

    pembekal benih ikan keli dan talapia kwsn sg petani kedah
    pnhntrn di sedia kn
    tel:0195562744

    pallet ikan keli dan talapia turut ada

    2inci rm 0.06
    3inci rm 0.07
    4inci rm 0.09

  17. zurie berkata:

    boleh tolong ajar cara pembunuhan ikan keli?

  18. azizul berkata:

    slm admin.nk tnya ap mknan yg trbaik ntk dbrikan kpd keli(yg pling b nyk protin) ?sbb sy dh ternak dkt 3 bln tp stil keli sy x besa2..konpius…bg mkn mmg dh bnyk bg mkn dh..

  19. izzat berkata:

    slm..sy berminat untuk mmbuat penternakan keli tetapi sy tidak thu dimana khusus disediakn…boleh bantu sy..tq

    • benihkeli berkata:

      Wsalam izzat..cuba google di internet,mungkin ada syarikat bumiputera yg masih menganjurkan kursus tersebut lagi….

  20. KaMaN berkata:

    nak tanya tentang saiz induk keli tu.. besar mana..samada 1 ekor 1kg …atau 4-5kg 1 ekor atau ada umur tertentu dan berat tertentu untuk ikan keli dijadikan induk. terima kasih

    • benihkeli berkata:

      en kaman penjual induk ikan keli ke..?? kalau ada jual induk ikan keli boleh sertakan no tel encik disini, berat ikan keli seberat 600gram sudah dikira induk dah…umur paling minimum induk ialah 6 bulan keatas, sekiranya terdapat banyak stok induk disini kita boleh buat pemilihan terhadap induk itu untuk menentukan penghasilan benih yang banyak…

  21. lam berkata:

    Salam tuan – boleh atau tidak kolam simen utk ternak ikan keli kita letakan pasir atau tanah d bahagian dasar kolam ? Adakah perkara ini menjejaskan pembesaran ikan

    • benihkeli berkata:

      wsalam boleh juga diletakkan pasir dan tanah,akan tetapi perlu ditukar dengan medium tanah yang baru setelah kualiti air kolam tersebut menurun ( kualiti Air kotor ).

  22. lautik berkata:

    bagaimana cara menjaga benih anak ikan keli supaya 90% jadi/semua membesar.?

    • benihkeli berkata:

      Perlu sentiasa menjaga kualiti air kolam tersebut, pengantian air bersih yang berkala,pastikan pemberian makanan terhadap anak benih mengikut cara yang betul mengikut saiz benih, paling penting sekali kualiti air dan makanan benih perlu dijaga dengan betul agar dapat memaksima kan kematian anak benih ikan keli.

      • ABU HM berkata:

        Askm tuan….boleh kah saya mendapatkan vcd atau rakaman berkenaan cara membuat pembenihan ikan keli dan berapakah kos nya tq

      • benihkeli berkata:

        Wasalam….ABU HM, buat masa ini saya belum lagi ingin membuat rakaman pembenihan ikan keli dalam bentuk vcd, memang ada niat untuk menghasilkan video pembenihan ikan keli aruhan akan tetapi saya belum ada kesempatan masa untuk itu,insyaallah di lain kali.

  23. sarulnizam berkata:

    saya nak ikuti krusus pembenihah ikan keli , klu ade sila cal saya . sarul 0177044406

  24. nizam berkata:

    1. Askm tuan , sy mempunyai kolam simen bersiaz 12 x 23 panjang , agak2 berapa ribu ekor anak ikan saiz 2-3 inci anak keli yang boleh sy isi .

    2. adakah kaedah , pokok keladi bunting , pasir dan baja kompos boleh menjamin ikan keli matang saiz 5-6 dalam tempoh 90 hari ?? terima kasih.

    • benihkeli berkata:

      Wsalam….en nizam

      1. untuk 100 ekor benih perlukan keluasan 1m.
      2. ya, boleh menjamin saiz sebesar itu sekiranya diberikan makan palet yang mencukupi setiap hari…

  25. pelangi senja berkata:

    salam sy ingin bertanya…saya ada ternak ikan keli dlm 5200 ekor dalam poly tank 150 galon.keli tuh dibahagia dua tetapi kolam 1 status anak ikan banyak mati dan ikan x mau makan kolam 2 x da masalah….mintak tunjuk ajar??….buntur,,,,ni

    • benihkeli berkata:

      Masalah tuan letak benih terlalu banyak,tumbesaran ikan akan terbantut,air akan jadi cepat kotor dan kandungan ammonia dari tangki tidak dapat dikawal, air terlalu kotor ikan tidak ada selera makan…Perlu air yang bersih sentiasa kalau ruang ikan padat….perlu kawal pemberian makanan…jangan letak benih terlalu padat…

  26. hamba ALLAH berkata:

    as salam ADMIN..

    jika kita bela ikan keli di dalam kolam tanah, perlukah kita menutup dgn jaring. dikawasan saya biawak byk, dikuatiri akan dimakan oleh biawak.

    berapa lamakah tempoh tumbesaran benih ikan akan membesar, dan bilakah masa paling sesuai untuk jual ikan keli ini. terima kasih ADMIN

    • benihkeli berkata:

      wsalam….mesti buat pagar zink agar memerang dan biawak tak dapat masuk ke kolam tuan…selalunya pembesaran ikan boleh dituai selepas 3 bulan menternaknya namun begitu sekiranya makanan diberikan cukup dalam masa 1 bln setengah sedikit demi sedikit ikan sudah mencapai saiz untuk dijual.

  27. Wan Ahmad Zamri berkata:

    Assalamualaikum,

    Saya akan bina kolam simen berukuran 3′ x 15′ untuk ternak ikan keli. Untuk sumber air alternatif, salur palung hujan saya akan letakkan direct ke kolam tersebut. Ini bererti bila hujan lebat, air dari palung akan masuk ke kolam dan akan berterusan overflow. Boleh ke cara ini? (Saya faham tak sesuai untuk anak benih)

    • benihkeli berkata:

      wsalam…boleh guna cara ini asalkan diletak jaring halus pada outlet tersebut yg penting jangan sampai anak benih keluar dari dari kolam tersebut sudahlah…..

  28. zizi88 berkata:

    1) membekal borong keli dewasa 1,2,3,4,5,6 ekor sekilo, dari ladang, mengikut harga semasa market, lokasi kulim.
    2) membekal borong anak belih keli 2-3inci
    3) kursus+praktikal pembenihan/penternakan keli, berkumpulan boleh diuruskan.
    Sila hubungi saya untuk details 011 280 800 44
    terimakasih -zz

  29. ROSLAN berkata:

    SESIAPA YANG MEMERLUKAN BENIH IKAN KELI,TILAPIA,PUYU,BAONG,PATIN,DAN APU JUA BENIH IKAN AIR TAAR BOLEH HUBUNGI SAYA DI 013-5282770.ROSLAN.MENERIMA TEMPAHAN SEKITAR NEGERI PERAK DAN SELANGOR.

  30. Ling Tuta berkata:

    boleh kah ikan keli yg terbantut pembesaran nya,membesar lgi…..dn bgaimna merawat keli yg di serang cacing di bahagian tubuh nya….dan bgaimna mempercepat kn pembesaran benih?sesuaikah pallet di kisar menjadi halus,untk makanan benih…………….dn air hijau sesuaikah untuk pembesaran keli……

    • benihkeli berkata:

      1. kalau ikan keli terbantut pembesaran boleh membesar lagi sekiranya diberikan makan usus ayam rebus dan menyediakan pengaliran air yg bersih,perlu ada air keluar masuk atau juga ikan keli terbantut perlu diternak didalam polytank 100 gallen air dan diberikan makan pallet berprotien tinggi.

      2. Ikan keli diserang cacing saya tak pernah dengar lah setakat ini,seeloknya tuan sediakan gambar nya saya boleh lihat apakah jenis penyakit yg telah dialami oleh ikan keli tuan…teknik murah untuk merawat penyakit ikan keli adalah dengan hanya mengalirkan air ke kolam ikan keli secara berterusan sehingga air menjadi jernih dan berikan makan pallet sahaja atau boleh ditambah kandungan vitamin c untuk menguatkan metalbolisma kesihatan ikan keli tuan,puasakan ikan-ikan yg kritikal sehingga kulitnya hilang dari luka selepas itu berikan makan pallet sahaja.

      3. untuk mempercepatkan pertumbuhan benih ikan keli ada banyak cara pertama masukkan benih didalam kolam yg yang besar seperti kolam tanah. kedua boleh juga dimasukkan kedalam polytank dengan keadaan tidak terlalu padat dan beri makan pellet sahaja sudah cukup.

      4. makanan sesuai untuk benih ikan keli adalah mengikut saiz berat serta badannya.

      5.Air hijau sesuai pertumbuhan serta pembesaran benih ikan keli.

      • Ling Tuta berkata:

        sya juga ada kolam simen,yg berkeluasan 10×6 dlm 3ft..dn 15×6 dlm 3ft..dn polytank 200,gallen…berapa bnyk kah,yg boleh diternak bagi saiz2..kolam berikut…untuk pembesaran keli.
        dan baru2 ni sya ada mencuba membuat pembenian secara semula jadi…{berpasangan}
        yg pelik nya…benih tersebut tak pandai mkn pallet,berbentuk bijian..hanya makan bila pallet tersebut dikisar,benih tersebut dah masuk saiz jari kelingking….kerna sebelum ni sya hanya beli daripada penternak2 berdekatan…tak ada masalah demikian…dan terima kasih juga kerna sudi membalas,meluangkan masa untuk pertanyaan sya yg terdahulu.

  31. azlan omar berkata:

    Salam..sy ad satu kolam tanah dan ikan keli sy dah jual separuh,jadi mcm mana sy nk tambah ank benih ikan keli ke dlam kolam sbb takut ikan keli tu mkn ank benih.

    • benihkeli berkata:

      wsalam….azlan omar..encik perlu buat sangkar jaring di kolam tersebut…benih-benih ikan yg baru boleh dimasukkan kedalam sangkar tersebut sebelum menunggu ikanikan matang dijual….yang penting air dalam kolam tersebut perlu bersih dan ikan dewasa tidak dapat memakan anak benih baru ini…pasti kan air dalam kolam tidak terlalu kotor dikuatiri benih akan mati disebabkan penyakit, air berminyak….

  32. puanmashah berkata:

    salam.. sy student lg dan minat sgt2 nk ceburi bidang penternakan ikan keli, jd cmne nk bermula ye?? ape yg perlu?

  33. rudin berkata:

    Nak tanya,di johor area kota tinggi fi mana bleh sy dpt benih keli?

  34. syed berkata:

    salam, saya mus dari kl . kepada tuan web ini. selamat meneruskan perjuangan untuk ahli keli.
    soalan saya , saya mempunyai sebuah gudang berkeluasan 60 x 80 (kosong) .berbumbung zink penuh, tinggi 20kaki.pegudaran rasanya ok saya fikir..lantai nya simen, dinding nya juga simen berketinggian 3 kaki, cuma pintu masuk seluas 20 kaki dan pindu belakang 4kaki yang saya harus ikat batu bata dan semin untuk menjadikan nya gudang ini menjadi satu kolam semin berukuran 60×80 lengkap. soalan saya saya
    berapa ribu benih ikan keli yang saya boleh isi.
    ada kah saya boleh bagi perut ayam kerna saya mempunyai suber perut yang sebanyak 4 ton sehari.
    adakah per saya bubuh tanah dan pasir dalam kolam.
    adakah saya perlu bagi rotation air bersih sentiasa.
    saya sudah pun ada air sedutan bawah tanah ,bolah tak saya gunakan air tersebut dari a to z.
    boleh tak tuan rekmen sesiapa yang pakar dalam penjagaan keli untuk saya hire dia sebagai konsultant sehingga saya tuai hasil untuk kali pertama.
    sekian t kasih
    saya mus 0192727505 pucung.

  35. syed berkata:

    salam, berapa ratus gram dan rm kos makanan untuk sekilo ikan keli saiz 5/6sekilo sekiranya di bagi makan felet.

  36. jamal berkata:

    alangkah baikna sekiranya kita buat 1 blog atau web yang boleh kita bincang macam blog ni, kalau perlu apa-apa, kita boleh bincang disini, boleh beli ebook kongsi ramai-ramai, ebook apa saja yang ahli berminat, saya cadang nak cari ahli- ahli buat perniagaan apa saja, sekurang-kurangnya mau ada ahli 10,000 orang, baru mudah buat pendapatan untuk persatuan atau pertubuhan. saya dok akpak kita dah mundor kebelakang, akibat persatuan kita lemah, walau macamana pun saya perlukan rakan berbincang, sebab saya cuma sekolah sampai darjah 6, saya tengok anak orang kita sekarang sanggup habiskan wang dengan topup untuk sms, wechat, washap, pastu asyik main benda tu ditempat kerja, tanpa kisah waktu,

  37. Hj Waji Risman berkata:

    Saya berminat untuk memulakan ternakkan ikan keli menggunakan kanvas. Saya tinggal di Puchong Perdana dan cadangan ternakkan di Pulau Indah Selangor. Dimanakan saya boleh mendapatkan bekalan benih, makanan ikan juga kanvas untuk ternakkan di Selangor. Dengan ukuran kanvas saiz biasa berapakah kos untuk satu unit. Terima kasih.

  38. razif berkata:

    Salam tuan admin
    bleh tak tuan contact sy d talian 0176062873
    Sy berminat utk menjadi salah satu penternak ikan keli.. tp masih kurang ilmu dan ingin kan tunjuk ajar yg sepatutnya dr yg dah ada pengalaman menternak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s