Archive for the ‘benihkeli’ Category

Harga Ikan Keli Matang Tahun 2012

Posted: April 30, 2012 in benihkeli

30 April 2012 – Harga Pasaran Ikan Keli di sekitar tempat saya sudah mencecah sekitar Rm 8.50 sekilogram dan akan terus meningkat ini berikutan terhadap kurang bekalan ikan ini. sekiranya penyediaan, penjagaan dan cara ternak ikan ini dengan cara betul dan Halal pemberian makan nya tidak mustahil Pasaran Ikan keli akan terus meningkat.

Rasa dagingnya yang manis serta dan lembut-lembut setelah digoreng dan pemberian makanan yang betul membuat para penternak tersenyum lega.

Sebenarnya  perniagaan ikan keli ini memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada yang menternaknya. Dan perniagaan ini boleh bertahan sampai bila-bila serta boleh diwarisi kepada anak-anak kita disuatu masa kelak. Penternakkan ikan keli adalah sebuah perniagaan yang boleh dibawa turun temurun kepada keluarga asalkan berminat dalam dunia penternakan ikan.

Namun apakah yang menyebabkan berlaku kerugian dalam usaha ini adalah terdapat banyak faktornya :

1. Kurang ilmu dalam penternakan ikan keli.

– Ramai yang menjalankan usaha menternak ikan keli pada hari ini tidak mempunyai ilmu yang cukup, mereka terus menjalankan perniagaan ini tanpa mencari ilmu yang secukup, menjalankan ikan keli hanya dengan mendengar khabar angin dari mulut kemulut tanpa usul periksa.

2. Ada ilmu namun tidak ada cikgu sebagai tempat mengadu.

Apabila berlaku masalah dalam penternakan ikan keli, kita tidak tahu kepada siapa harus kita rujuk akan masalah yang kita hadapi, sedikit ilmu yang kita ada belum tentu lagi boleh menyelesaikan masalah ini. disaat ini kita rasa terkanannya takkala melihat beribu-beribu ikan mati tidak tahu apakah punca sebenarnya.

3. Zaman ini adalah zaman DUIT.

Ramai juga yang tertipu dalam perniagaan ini disebabkan ditipu, bukan anda sahaja saya sendiri pun kena tipu, ramai cikgu yang mengajar dalam Siri-siri kursus dianjurkan hanya mementingkan keuntungan kepada berapa ramaikan jumlah yang hadir kursus pada hari ini..?? itulah pertanyaan yang selalu bermain dalam fikiran penganjur. Bukan senang untuk mendapatkan cikgu kursus yang ikhlas mengajar untung Dunia & Akhirat pada zaman ini. Pada dasarnya anda hadir menghadiri  kursus asas penternakan ikan keli memang anda akan diajarkan cara asas pembenihan ikan keli namun ada ilmu yang sangat penting tidak di Highligth kan kepada anda. hanya 50% diberikan kepada anda yang lagi 50% anda kena carikan sendiri dimana disorokan. ini yang menyebabkan ada pengusaha yang tidak sabar dengan masalah yang dihadapi dan dialami terus bertindak menutupkan perniagaan ikan kelinya. untung kepada yang beriman dan penuh kesabaran. alhamdulillah…

4. Harga ikan dijual terlalu Murah Sangat…!!!

Ini lah satu lagi masalah besar kepada Pengusaha Ikan Keli   Orang Melayu kita. Ramai Pengusaha yang menjual hasil ternakan mereka dengan harga yang sangat murah dan tidak masuk akal iaitu sekitar Rm 3.50 sedangkan harga Palet Ikan sudah naik mendadak sekarang, gaji naik harga Palet ikan pun naik juga, inilah kehidupan kita. berbaloi kah usaha kita selama ini sebagai Penternak..?? kalau 5 tahun lepas harga ikan Rm 3.50 seperti ini boleh dikatakan cukup-cukup makan

namun pada hari ini tidak lagi. mungkin juga boleh diberikan makanan alternatif seperti perut ayam, ikan dan sebagainya namun semua pun berbayar. Harga ikan juga harus dititik beratkan  supaya para Penternak-penternak ikan keli boleh bertahan lama dalan industri ini. Tidak perlu lagi kita harus bersaing dengan penternak lain dengan menjual ikan dengan begitu murah harganya, ini umpama anda membakar perniagaan anda sendiri jadi “Tepuk Dada Tanya Selesa ” marilah selamatkan Perniagaan Ikan Keli kita. Biar sama-sama untung.

5. Kurang Mahir dalam Pembenihan Ikan keli.

Ramai juga penternak-penternak ikan keli pada hari ini masih kurang mahir dalam membuat Pembenihan Ikan keli dan masih lagi Membeli Benih, jujur dan terus terang saya katakan untuk jadi seorang Pengusaha Ikan yang akan kekal Lama serta berpontensi menjadi Penternak yang berjaya, kita harus mahir membenihkan ikan keli tak kiralah selain ikan keli. ini kerana saya berpendapat benih-benih ikan yang kita beli telah menelan belanja kos operasi kita dan sedikit sebanyak telah mengurangkan kos untung bersih kita.

Ada juga yang mengatakan membuat benih ikan keli adalah membuat satu kerja yang lambat untung tetapi bagi saya tidak sebab sekiranya anda mahir dalam pembenihan ikan keli, selain anda guna sendiri, anda juga boleh jual benih ikan ini dan dalam masa yang sama ilmu anda boleh diwarisi oleh anak-anak anda yang berminat dalam Perniagaan ini.

05.01.2011 ( Rabu ) – Hulu Selangor Syarikat SnR Agro Enterprise akan menjual benih ikan keli pelbagai saiz secara besar-besaran sekiranya untuk menampung permintaan anak benih keli disekitar hulu selangor yang mana ketika ini permintaan terhadap benih keli di sekitar hulu selangor amat tinggi. Kejayaan tersebut telah dapat dikecapi setelah hampir setahun mencari kaedah pembenihan ikan keli secara manual telah membukti kejayaan dan akan menampak hasilnya.

kejayaan ini diperolehi setelah menemukan teknik pembenihan ikan keli manual dikolam simen menjadi kenyataan dan membuahkan hasil sekarang, pelbagai teknik telah dilakukan demi untuk mencapai kejayaan itu. Kini bagi penternak ikan keli di sekitar hulu selangor tidak lagi susah untuk mendapatkan benih ikan keli sekiranya teknik ini benar-benar memberi kejayaan benih keli untuk hidup 100 % namun harga benih ikan keli mengikut saiz inci tetap sama harga yang dijula oleh pengusaha-pengusaha ikan keli ditempat lain cuma penternak-penternak ikan keli di sekitar hulu kini lebih mudah mendapatkan benih keli disamping menjimat kos pengangkutan buat mereka.

Buat penternak-penternak ikan keli di sekitar hulu selangor boleh membuat tempahan membeli anak benih ikan keli di bahagian komen dibawah untuk memudahkan kami untuk membuat jualan dan menghubungi para penternak nanti. Kini kajian kami telah masuk ke teknik akhir penetasan manual ikan keli dan dijangka pengeluaran serta bekalan anak benih ikan keli disekitar hulu selangor akan dapat di penuhi setelah selesai kajian akhir penetasan telor-telor ikan keli yang dihasilkan secara manual.